Ikon penyelarasan dalam apl desktop untuk Windows dan Linux
Perhatian: Pengguna Linux tidak akan melihat beberapa ikon kerana fungsi dalam talian sahaja tidak tersedia pada Linux.
Ada dua lokasi yang terdapat ikon penyelarasan:
- Dalam folder Dropbox pada komputer anda
- Dalam bar tugas di bahagian bawah kanan skrin anda
Ikon penyelarasan dalam folder Dropbox
Untuk melihat status penyelarasan fail atau folder tertentu:
- Buka folder Dropbox dalam File Explorer.
- Cari fail atau folder yang ingin diperiksa.
- Perhatian: Anda boleh menggunakan bar carian di bahagian atas kanan untuk mencari fail atau folder.
- Lihat ikon penyelarasan di sebelah fail atau folder.
|
|
Tersedia di luar talian
|
|
|
Dalam talian sahaja
|
|
|
Penyelarasan sedang berjalan
|
|
|
Tersedia
|
|
|
Ralat penyelarasanBulatan merah dengan "X" putih bermakna fail atau folder anda tidak dapat dikemas kini atau diselaraskan. Jika anda baru saja cuba untuk menambah fail atau folder ini ke akaun Dropbox anda, ia mungkin bermakna fail atau folder itu tidak boleh ditambah. Ketahui tentang pelbagai jenis ralat penyelarasan dan cara menyelesaikan ralat tersebut.
|
|
|
Fail yang diabaikanBulatan kelabu dengan tanda tolak putih bermakna fail anda diabaikan oleh Dropbox. Itu bermakna fail tersebut disimpan dalam folder Dropbox pada komputer anda, tetapi tidak pada dropbox.com atau pada pelayan Dropbox. Fail itu juga tidak akan diselaraskan ke akaun Dropbox anda. |
Apakah maksud ikon "X" kelabu?
Dalam File Explorer, ikon "X" kelabu boleh muncul pada fail atau folder dalam folder Dropbox anda. Ini ialah ikon Windows dan bukan ikon Dropbox. Ia menandakan bahawa fail atau folder anda mungkin tidak diselaraskan dengan Dropbox. Untuk menyelesaikan masalah ini, cuba langkah-langkah dalam artikel ini tentang menyelesaikan masalah penyelarasan dalam Dropbox. Jika ia tidak dapat diselesaikan, hubungi sokongan Microsoft.
Apakah yang perlu dilakukan jika ikon anda tiada
Jika ikon penyelarasan and hilang, tutup semua aplikasi bukan Dropbox, kemudian keluar dan lancarkan semula apl desktop Dropbox.
Ikon penyelarasan dalam pusat pemberitahuan
Berikut ialah ikon Dropbox yang berbeza dalam bar tugas (Windows) anda. Ikon ini kelihatan apabila apl desktop Dropbox berjalan pada komputer anda. Ikon ini menunjukkan status penyelarasan bagi keseluruhan akaun Dropbox anda, dan bukannya status bagi satu fail atau folder sahaja.
Warna ikon mungkin berbeza-beza.
|
Diselaraskan sepenuhnya
Ikon Dropbox hitam padu tanpa ikon lain bermakna fail dan folder Dropbox pada komputer anda terkini sepenuhnya. Sebarang perubahan yang anda buat ditunjukkan di mana sahaja anda menggunakan Dropbox. |
|
|
Penyelarasan sedang berjalan
Bulatan hitam padu dengan dua anak panah putih yang membentuk bulatan bermakna fail dan folder Dropbox pada komputer anda sedang dalam proses kemas kini. Sebarang perubahan yang anda buat akan dikemas kini di mana-mana sahaja anda mengakses fail anda dalam Dropbox. |
|
|
Penyelarasan dijedaBulatan hitam padu dengan ikon jeda putih bermakna anda menjeda penyelarasan. Sebarang perubahan yang anda buat kepada fail dan folder Dropbox anda tidak anda dikemas kini di mana-mana sahaja anda mengakses Dropbox sehingga anda menyambung semula penyelarasan. Ketahui cara untuk menjeda dan menyambung semula penyelarasan fail dalam apl desktop Dropbox. |
|
|
Tidak bersambung ke Internet
Ikon Dropbox kelabu bermakna apl desktop Dropbox tidak bersambung ke Internet. Ini bermakna perubahan yang anda buat kepada fail dan folder Dropbox pada komputer anda tidak akan dikemas kini di mana-mana sahaja anda mengakses Dropbox sehingga anda bersambung semula ke Internet. |
|
|
Pemberitahuan belum dibaca
Bulatan merah dengan nombor putih di atasnya tidak ada kaitan dengan penyelarasan. Ini bermakna anda mempunyai pemberitahuan Dropbox yang belum dibaca. |
|
|
Muat naik kamera sedang berjalan
Ikon kamera bermakna anda telah menyambungkan kamera atau peranti mudah alih dengan kamera ke komputer anda dan gulungan kamera anda sedang dimuat naik ke Dropbox.
|
Anda juga boleh melihat status penyelarasan bagi keseluruhan akaun Dropbox anda di bahagian bawah kiri tetingkap apl Dropbox. Untuk membuka tetingkap apl Dropbox, klik ikon penyelarasan yang anda lihat daripada jadual di atas. Jika fail anda telah diselaraskan sepenuhnya, teks di sudut bawah kiri akan menyatakan Fail anda adalah terkini.
Perhatian: Pengguna Dropbox Backup akan melihat perkataan yang sedikit berbeza pada sesetengah status penyelarasan.