Agensi digital ini mencipta kandungan dan pengalaman dalam talian yang memberi impak untuk jenama di serata Asia Tenggara, menggunakan Dropbox Business untuk menyokong kerjasama pasukan tempatan dan serantau serta kekal berhubung bersama klien.

Bonsey Jaden, agensi digital

Hasil Utama Bonsey Jaden

Kerjasama mudah menggunakan sistem fail berstruktur tinggi

Akses kepada sebarang fail dari mana-mana lokasi atau peranti

Kerahsiaan mudah dikekalkan dengan batasan terhadap akses fail

Cabaran

Menyokong ideal berasaskan awan

Apabila Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Bonsey Jaden, Nic Robertson, melangkah untuk menubuhkan sebuah agensi jenama digital yang baru bersama rakan kongsi, beliau menyedari bahawa kunci utama operasi syarikat ini akan berpusat pada cara kakitangan dapat menguruskan dan bekerjasama dalam fail. Dengan pasukan yang teragih merentasi enam pejabat dari Singapura ke Australia, memastikan semua orang selaras akan menjadi kritikal kepada kejayaan agensi. Robertson mempunyai pengalaman menggunakan perkhidmatan perkongsian fail seperti WeTransfer dan YouSendIt, namun percaya ini terlalu terhad untuk pelbagai keperluan syarikat. Selepas meneroka penyelesaian kerjasama tertumpu yang lain, Robertson dan rakan kongsi beliau bersetuju bahawa Dropbox Business adalah jawapannya. Beliau mengingati, “Dropbox Business memudahkan untuk memusatkan fail, menyediakan akses pantas kepada fail tersebut, dan berfungsi dalam cara yang sesuai dengan wawasan kami mengenai cara perniagaan harus dijalankan.“

Penyelesaian

Proses kreatif tanpa batasan

Oleh kerana pasukan Bonsey Jaden yang teragih dari segi lokasi kerap bekerjasama dalam projek, berkongsi akses kepada fail terkini menjadi penting. Selain daripada jarak di antara pejabat, kadangkala pasukan perlu melancong bagi melaksanakan projek-projek tertentu. Contohnya, semasa syarikat ini mengambil kempen digital dan media sosial untuk rancangan TV realiti Asia's Got Talent, ia mengerahkan satu pasukan dari Filipina untuk melakukan penggambaran video belakang tabir di Malaysia, Indonesia, dan Thailand. Menggunakan Dropbox Business, pasukan ini dapat memuat naik dan berkongsi fail video serta-merta untuk disunting oleh rakan sekerja dari ibu pejabat mereka. “Jangka masa dalam industri penyiaran sangat ketat, dan kami berurusan dengan banyak fail yang besar,“ tambah Robertson. “Tanpa storan fail mudah dan berpusat yang ditawarkan oleh Dropbox Business, amat sukar untuk melakukan apa yang diperlukan untuk projek seperti Asia's Got Talent.“ Apabila pasukan tidak dapat berhubung dengan klien di tapak, mereka menggunakan Dropbox Business untuk berkongsi fail secara luaran. Dengan berkongsi pautan dan menetapkan had akses fail, Bonsey Jaden boleh mengekalkan kerahsiaan sambil menyokong kerjasama agensi-klien. Menurut Robertson, menggunakan Dropbox Business dalam cara ini juga membolehkan syarikat ini untuk menjejak proses perkongsian dengan lebih baik. Beliau berkata, “Papan pemuka Dropbox Business membolehkan saya melihat pautan yang dicipta—ini sangat penting. Sekali pandang sahaja dan saya tahu apa yang sedang diedarkan di antara pejabat kami dan bersama klien.“

Hasil

Pelaksanaan projek yang cepat, dengan masa untuk berehat

Dengan memusatkan pelbagai operasi dalam Dropbox Business, Bonsey Jaden dapat melaksanakan projek dengan pantas, sambil mengekalkan pasukan dalam saiz kecil. Seperti yang dijelaskan Robertson, “Saya buat banyak kerja sendiri. Saya mencipta folder semua akses di Dropbox untuk meletakkan beberapa proses pelantikan pekerja baru kami. Apabila seseorang berhenti kerja, saya yang akan menarik balik akses fail mereka. Saya tidak perlu memiliki pasukan IT atau ketua keselamatan untuk melakukan tugas seperti ini untuk saya.“ Cara berfungsi yang tangkas seperti ini selari dengan hasrat yang sentiasa diharapkan oleh Robertson buat Bonsey Jaden. Robertson berkata beliau dan pengasas lain dapat menguruskan pasukan besar dengan sendiri, mengawal proses, dan melindungi harta intelek sambil masih “berpeluang untuk tidur beberapa jam setiap malam“—sebahagiannya kerana Dropbox Business menjadikan aliran kerja syarikat lancar. Robertson menambah, “Dropbox Business bukan sekadar alat yang kami gunakan. Kami mula menyimpan fail di dalamnya, dan segala-galanya dibina dari situ. Ia satu bahagian penting dalam perniagaan kami.“

Penyelesaian perkongsian dan penyimpanan terbaik untuk perniagaan anda