Syarikat pembinaan ini memperkemaskan proses perkhidmatan tapak menggunakan Dropbox Business, berjimat beribu-ribu dolar setahun dengan ROI sebanyak 300%.

Hasil Utama Brandt

300% ROI pada tahun ketiga

10X pengurangan masa memproses dokumentasi perkhidmatan

Keselamatan lebih kukuh ke atas maklumat pembayaran pelanggan

Cabaran

Tenggelam di dalam lautan kertas kerja

Brandt mampu membuktikan segala-galanya benar-benar lebih besar di Texas, kerana firma dari Dallas ini menyediakan perkhidmatan mekanikal, elektrik, dan perpaipan kepada bangunan komersial antara yang terbesar di Lone Star State. Tetapi walaupun kepakaran syarikat yang berusia 64 tahun ini telah terbukti dalam menyokong kemudahan besar, satu perkara dalam perniagaannya memerlukan pembaharuan: proses perkhidmatan tapak. Juruteknik akan membawa borang perkhidmatan ke tapak projek, lalu membazir masa klien yang berharga dengan perkara remeh. "Apabila juruteknik duduk di dalam van dan mengisi kertas kerja selama sejam, pelanggan kami tidak suka membayar untuk itu," kata Kevin Underwood, Penganalisis Perniagaan Perkhidmatan. Menghantar faks atau e-mel kembali ke ibu pejabat mendatangkan kekeliruan versi dan bermakna dokumen tidak selalunya dihantar ke jabatan yang betul. "Akhirnya kami kurang mengecaj atau langsung tidak mengecaj," kata Underwood. Selepas menguji kelajuan penyelarasan fail daripada beberapa pembekal awan, Brandt memilih Dropbox Business untuk melengkapi pelaksanaan tablet Dell, rakan kongsi lama syarikat ini. "Kami memilih Dropbox Business kerana penyelarasan failnya mempunyai prestasi paling tinggi merentasi pelbagai platform," kata Robert Everett, Pengarah IT, "dan ia mempunyai pemulihan data yang ringkas dan berkesan."

Penyelesaian

Membawa juruteknik dan penyelia lebih dekat

Menggunakan Dropbox Business, Brandt mencipta satu folder kongsian untuk setiap juruteknik yang mengandungi pesanan kerja terbuka. "Di sebalik menyusun timbunan kertas, juruteknik mempunyai senarai kemas perkara yang mereka perlu lakukan pada hari itu di dalam Dropbox," kata Everett. Juruteknik mengisi borang pada tablet semasa mereka sedang menyelesaikan kerja projek di tapak, dan pelanggan akan menandatangan secara digital setelah kerja selesai. Brandt turut mengintegrasikan ServiceTech App mereka yang dibina secara tersuai dengan Dropbox, memudahkan lagi juruteknik untuk melihat pesanan kerja mereka. Borang kemudiannya disimpan secara automatik ke folder kongsian Dropbox yang betul, yang mana akan memaklumkan penyelia yang meluluskan tentang perubahan. "Cara lama kami berkomunikasi mendatangkan banyak kekecewaan antara ahli pasukan dan pelanggan," kata Jennifer Groves, Penyelia Perniagaan Perkhidmatan. "Kelajuan dan kebolehharapan Dropbox telah membantu kami bekerja bersama-sama dengan lebih baik." Brandt berkata Dropbox Business juga memastikan data penting selamat—satu keperluan kritikal semasa berurusan dengan maklumat pelanggan. "Saya tidak pelu risau tentang keselamatan data kerana penyulitan dan protokol lapisan pengangkutan yang dimiliki oleh Dropbox," kata Everett.

Hasil

Membayar untuk dirinya sendiri dan lebih lagi

Dengan mengubah proses pesanan perkhidmatan Brandt, Dropbox Business telah membayar langganannya sendiri pada tahun pertama, manakala memberi pulangan positif secara berterusan pada tahun-tahun yang seterusnya. Menurut anggaran syarikat ini, 120 juruteknik Brandt berjimat sekurang-kurangnya 15 minit bagi setiap kerja dengan menggunakan Dropbox Business. "Masa juruteknik sumber paling berharga yang kami ada," kata Jim Stagg, Pengarah Perkhidmatan. "Kami dapat menggunakan penjimatan masa ini untuk melayan pelanggan kami dengan lebih baik." Hasilnya, syarikat ini telah melihat peningkatan produktiviti juruteknik yang bernilai sebanyak $400,000. Ini mewakili ROI sebanyak 300% pada tahun ketiga, selepas mengira faktor kos Dropbox Business dan pelaburan berkaitan yang lain. "Juruteknik kami lebih cekap, pelanggan kami mendapat apa yang diperlukan lebih pantas, dan kami memberi perkhidmatan sehabis baik dalam cara yang tidak dapat diramalkan semasa kami memulakan proses ini," kata Stagg. Brandt juga menggunakan Dropbox untuk membantu menyimpan rekod perakaunan yang tepat, malah memaksimumkan pendapatan. Syarikat ini mengenal pasti hampir $500,000 pendapatan sebulan pada bulan lepas. "Aliran tunai kami kini lebih lancar, jadi kami ada gambaran lebih jelas setiap bulan," kata Underwood. Walaupun pasukan ini senang dengan pulangan setakat ini, perkara terbaik mungkin masih belum berlaku. Brandt telah menambah tenaga juruteknik hampir dua kali ganda sejak dua tahun lepas, dan menyediakan keahlian mereka di Dropbox Business begitu mudah. "Sistem ini begitu lurus dan terus-terang, ia membolehkan kami berkembang dengan pantas," kata Underwood. "Pulangan kami hasil daripada penyelesaian ini hanya akan terus berkembang sama seperti pasukan kami."

Penyelesaian perkongsian dan penyimpanan terbaik untuk perniagaan anda