Syarikat perisian e-perdagangan ini menggunakan Dropbox Business untuk berkongsi reka bentuk gedung web bersama pelanggan dengan lebih mudah dan selamat, membawa kepada perkhidmatan yang lebih baik dan cepat.

Hasil Utama De Nieuwe Zaak

Kecekapan dan produktiviti tinggi

Lebih fleksibiliti dalam aliran kerja

Pengalaman pelanggan lebih baik

Cabaran

Membeli-belah untuk teknologi yang tepat

Sebagai kedai sehenti untuk e-perdagangan, De Nieuwe Zaak menggajikan ramai pakar IT dan pemasaran web. Kerja sepasukan merentas fungsi ini penting sama sekali bagi memastikan kejayaan saluran jualan dalam talian pelanggan dari awal hingga akhir. Namun begitu, kerjasama dalaman terbukti mencabar disebabkan oleh sifat teragih dan bersilang fungsi bagi setiap pasukan pelanggan, yang terdiri daripada pengurus projek, sehingga 35 pakar pemasaran, pembangun gedung web, dan pakar pengoptimuman. Berkongsi maklumat dan idea dengan pelanggan dalam persekitaran kolaboratif sama penting di De Nieuwe Zaak. Sebagai Pengarah dan Pemilik Bersama, Jeroen de Jong menjelaskan, “Misi kami — untuk menghasilkan lebih banyak urus niaga web untuk pelanggan — memerlukan perkongsian intim dan kolaboratif. Kami perlu mendengar keperluan unik mereka dengan teliti dan bekerja bersama-sama untuk menyesuaikan gedung web yang akan terus menarik sasaran penonton dan mengembangkan perniagaan mereka.” Untuk memastikan ahli pasukan berhubung, Di Nieuwe Zaak pada mulanya bergantung pada pelayan dalaman untuk perkongsian fail. Tetapi menurut de Jong, kelemahannya mengatasi kelebihan. ”Kawalan versi merupakan masalah besar,” seingat beliau. ”Kami terpaksa menyemak melalui e-mel atau telefon untuk memastikan kami sedang bekerja dengan versi dokumen yang terkini.” Idea untuk menggunakan Dropbox Business datang daripada seorang pelanggan — dan serta-merta terbukti satu langkah yang bijak. ”Dengan Dropbox Business, kami menemui satu penyelesaian mampu milik yang menyelesaikan masalah kawalan versi dan keselamatan kami dengan serta-merta,” kata de Jong. ”Penyediaan tidak memerlukan kepakaran IT, dan bekerjasama kini satu proses yang mudah. Dropbox Business mudah untuk dilaksanakan, digunakan, dan difahami.”

“Dengan Dropbox Business, ahli pasukan kami dapat bekerjasama dengan lebih mudah antara satu sama lain dan pelanggan. Itu membantu kami menyediakan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan, memuaskan hati mereka dan terus kekal bersama kami.”

Jeroen de Jong,
Pengarah dan Pengasas Bersama, De Nieuwe Zaak

Penyelesaian

Mengoptimumkan aliran kerja dengan akses mudah alih

Hari ini, para profesional e-perdagangan di De Nieuwe Zaak memasangkan Dropbox Business pada komputer riba, tablet, dan telefon pintar mereka — memberi akses pada bila-bila masa, di mana jua kepada fail terbaru. Hasilnya, mereka boleh kekal selaras dan bekerjasama dengan lebih lancar. ”Dropbox Business memberi kami mobiliti baru untuk bekerja dengan lebih cekap dan mencipta aliran kerja lebih fleksibel yang akan meningkatkan produktiviti,” tambah de Jong. Akses mudah alih juga memainkan peranan besar dalam mengukuhkan perhubungan pelanggan di De Nieuwe Zaak. Menggunakan Dropbox Business, pereka bentuk gedung web boleh berkongsi ciptaan awal mereka bersama pelanggan dan mendapatkan maklum balas dengan pantas. Pakar pemasaran boleh bekerja lebih rapat bersama pelanggan untuk membetulkan kempen dan memenuhi matlamat e-perdagangan. Manakala pakar pengoptimuman boleh berkongsi dokumen secara pantas yang memberi pelanggan pemahaman ke dalam prestasi gedung web dan SLA mereka tepat pada waktunya. “Dengan Dropbox Business, ahli pasukan kami dapat bekerjasama dengan lebih mudah antara satu sama lain dan pelanggan.“ kata de Jong. “Itu membantu kami menyediakan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan, memuaskan hati mereka dan terus kekal bersama kami.” Ini jauh lebih penting bagi kami berbanding mendapatkan pelanggan baru.“

“Data kami merupakan dasar perniagaan kami, dan saya tahu ia selamat dengan Dropbox Business.“

Jeroen de Jong,
Pengarah dan Pengasas Bersama, De Nieuwe Zaak

Hasil

Penyelesaian selamat, terjamin

Melindungi semua data, dokumen, dan perjanjian pelanggan menjadi keutamaan De Nieuwe Zaak. Menurut de Jong, “Sebagai syarikat dan pembekal perisian, kami amat bergantung pada semua data kami dan material pelanggan. Jika kami hilang semua itu, kami tidak akan dapat berfungsi.“ Dengan Dropbox Business, syarikat ini mendapat akses siap pakai kepada keselamatan bertaraf perniagaan yang akan menyandarkan versi fail mereka yang terkini secara automatik. Bagi lapisan keselamatan tambahan, syarikat ini juga bergantung pada Dropbox Business untuk menyediakan pentauliahan menerusi ciri verifikasi dua langkah, yang mana membolehkan pengguna melindungi akaun mereka secara proaktif ke mana sahaja mereka pergi. Meyakini bahawa fail mereka kini selamat, De Nieuwe Zaak boleh fokus pada perkara yang paling penting — berkhidmat kepada pelanggan. “Data kami merupakan dasar perniagaan kami, dan saya tahu ia selamat dengan Dropbox Business,“ tambah de Jong. “Jika berlaku kebakaran atau bencana lain sekalipun, kami akan masih dapat mengakses data kami — dan menjalankan perniagaan.“

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda