Dropbox Business menjadikan kerja tapak German Development Institute lebih cepat

German Development Institute, organisasi penyelidikan

Hasil Utama German Development Institute

Kerjasama global yang cepat dan mudah

Mengurangkan keperluan sokongan IT

Kawalan IT yang dipermudahkan untuk pasukan global

Cabaran

Kekangan penyelidikan tanpa sempadan

The German Development Institute / Deutsches Institut für Entwicklungspolitik (DIE) adalah sebuah tangki pemikir terkemuka untuk pembangunan global dan kerjasama antarabangsa di seluruh dunia. DIE membangunkan konsep dasar berkaitan, menasihati kementerian, kerajaan dan organisasi antarabangsa, dan merujuk kepada isu dasar semasa. Pemegang sahamnya adalah Republik Persekutuan Jerman dan State of North Rhine-Westphalia. Dua pertiga daripada pekerja Institute adalah penyelidik yang bekerja merentasi tiga kumpulan negara dan kerap bekerja dalam penyelidikan di negara membangun. Sebelum menggunakan Dropbox Business, pasukan mengumpul dan menyimpan data daripada kerja tapak mereka ke pemacu USB, yang menjadikannya sukar untuk berkongsi data dengan ahli pasukan lain yang tidak berada dalam lokasi yang sama. Pada masa yang sama, pasukan kehilangan data disebabkan oleh virus dan mempunyai sedikit gambaran mengenai versi dokumen dan format fail yang berbeza. Institute ini cuba untuk menggantikan penyelesaian pemacu USB dengan menggunakan Perisian Sumber Terbuka iFolder yang telah dikonfigurasikan oleh pasukan IT tetapi dihos secara luaran. Penyelesaian itu adalah rumit, memerlukan banyak sumber IT, dan adalah mustahil untuk pasukan bekerjasama. Penyelarasan juga bermasalah yang sering menyebabkan kehilangan data dan sangat sukar untuk menyertakan rakan kongsi luar yang tidak mempunyai akses kepada perisian itu. “Penyelesaian perisian sumber terbuka mempunyai hadnya. Pelayan terdedah kepada ralat dan kami perlu melabur banyak wang dan masa untuk menyelenggaranya”, kata Vitaliy Isaakov, ahli pasukan IT di German Development Institute. Mereka mula mencari alternatif lain. Ramai antara rakan kongsi kerjasama mereka dalam negara membangun menggunakan Dropbox Business dan rakan kongsi Institute mengetahui tentang produk ini dengan baik. Keputusan untuk melaksanan Dropbox Business didorong oleh pelbagai faktor: Adalah mudah untuk mengakses data melalui Internet tanpa bergantung kepada jenis peranti yang pekerja gunakan, pelbagai pasukan boleh bekerja pada projek/folder, ia membolehkan kerja di luar talian dan masih menyelaraskan data, dan terdapat kapasiti simpanan yang mencukupi. Seperti yang dikatakan Vitaliy: “Penyelidik menyimpan banyak data, jadi kapasiti adalah penting bagi kami dan Dropbox Business sangat bermurah hati berkenaan dengan kapasiti simpanan.”

“Saintis yang bekerja dalam kumpulan dan projek kini berhubung dengan lebih baik. Semua orang mempunyai akses kepada versi paling terkini. Mereka telah menjadi begitu pantas.”

Vitaliy Isaakov, IT, German Development Institute

Penyelesaian

Kerjasama berkuasa dalam jalur lebar lemah

Institute ini telah menggunakan Dropbox Business sejak 2014. Penyelidik mengaksesnya untuk bekerjasama dengan rakan sekerja dalam projek penyelidikan tertentu. Ia telah menjadi jauh lebih mudah untuk berkongsi data dengan rakan kongsi kerjasama luar dalam negara membangun serta sesiapa yang penah bekerja dengan Dropbox Business sebelum ini. Penyelarasan Dropbox Business juga berfungsi pada jalur lebar yang sangat kecil, yang penting bagi rakan sekerja di negara membangun dengan sambungan internet yang lemah. Walapun jika tiada langsung sambungan, mereka boleh menyimpan data mereka dan ia akan menyelaras sebaik sahaja peranti bersambung ke Internet sekali lagi. Selain kerja tapak, program latihan pensyarah Institute ini menggunakan Dropbox untuk menyebarkan bahan kursus, dan juga mengumpul tugasan daripada graduan universiti dan profesional muda mereka.

Penyelarasan Dropbox Business juga berfungsi pada jalur lebar yang sangat kecil, yang penting bagi rakan sekerja di negara membangun dengan sambungan internet yang lemah. Walapun jika tiada langsung sambungan, mereka boleh menyimpan data mereka dan ia akan menyelaras sebaik sahaja peranti bersambung ke Internet sekali lagi.

Vitaliy Isaakov, IT, German Development Institute

Hasil

Kawalan IT dari jauh

Melaksanakan Dropbox Business juga telah mengurangkan kapasiti pasukan IT di German Development Institute. Pengguna mendapat akaun Dropbox Business, jabatan memasang perisian dan ia tidak memerlukan sebarang servis. Selain itu, jabatan IT boleh menyebarkan kemas kini perisian dengan cepat melalui folder kongsian dalam Dropbox Business. “Sebagai pentadbir, saya mempunyai kemungkinan untuk berkongsi folder dengan beberapa pengguna yang boleh memuat turun perisian dari situ dan memasangnya. Ini sangat berguna khususnya untuk penyelidik yang sentiasa bergerak.”

Penyelesaian perkongsian dan penyimpanan terbaik untuk perniagaan anda