Penyedia khidmat pembayaran terkemuka New Zealand memastikan tenaga kerja mudah alih mereka gembira dan produktif—sambil memastikan data sensitif selamat—dengan Dropbox Business sebagai sebahagian penting daripada sistem storan dan perkongsian fail mereka.

Paymark, penyedia pembayaran digital

Hasil Utama Paymark

Mazarine Coffee, syarikat makanan & minuman

 Kerjasama lebih mudah, lebih berkesan 

 Mobiliti dan ketangkasan meningkat 

Mazarine Coffee, syarikat makanan & minuman

 Perkongsian selamat bersama pihak luar 

Cabaran

Penerimaan dipermudahkan

Selama lebih 25 tahun, Paymark telah memproses transaksi pembayaran digital untuk orang ramai di seluruh New Zealand. Syarikat ini telah memelihara kedudukannya sebagai peneraju khidmat pembayaran dengan meletakkan keselamatan, kebolehharapan, dan inovasi sebagai tunggak operasi berhadapan pelanggan dan dalaman mereka. Apabila Paymark memutuskan untuk melaksanakan dasar bawa-peranti-sendiri dalam tenaga kerja, melaksanakan aplikasi yang dipercayai, selamat, dan mesra mobiliti menjadi keutamaan besar. Walaupun syarikat ini telah mempunyai produk legasi, ia tidak berkesan untuk pelbagai peranti baru yang digunakan. Kerjasama yang meningkat dengan pihak ketiga memerlukan satu penyelesaian pengguna yang mudah untuk digunakan namun tidak akan membahayakan data yang sensitif. Dengan sokongan yang kuat terhadap Dropbox antara kakitangan Paymark, syarikat ini memilih untuk mencuba Dropbox Business sebagai penyelesaian baru mereka. Simon Burson, Pengurus Keselamatan Paymark, berkata, “Setelah mereka mencuba Dropbox Business, penerimaan menjadi agak agresif. Malah pasukan perundangan kami, yang boleh jadi kolot tentang peralatan baru, terus mula menggunakannya.”

PENYELESAIAN

Menyokong tenaga kerja mudah alih yang selamat

Hari ini, Paymark bergantung pada Dropbox Business untuk terus menghubungkan kakitangan dan rakan kongsi, tanpa mengira jenis peranti yang mereka gunakan atau di mana lokasi mereka semasa melakukan kerja. ”Kami bergantung pada Dropbox Business untuk perkongsian dan kerjasama fail dalam semua kerja yang sedang dijalankan,” tambah Burson. ”Bagus untuk dapat mengakses fail yang kami perlukan, bila-bila masa, di mana sahaja kami memerlukan.” Apabila pekerja perlu melaksanakan pemindahan P2P, Dropbox Business menyediakan rekod yang boleh diaudit untuk mereka. Sebelum ini, semasa e-mel digunakan, pemindahan P2P bukan sahaja sukar untuk dipantau—ia juga kurang selamat. Disebabkan integrasi dengan platform CASB dan keselamatan siber awan, CloudLock, semua perkongsian Dropbox Business menjadi selamat dan mematuhi piawaian pematuhan PCI yang perlu ditepati oleh Paymark. Seperti yang dijelaskan Burson, “CloudLock membolehkan kami untuk menjalankan pemantauan masa nyata terhadap nombor kad kredit, untuk memastikan bahawa tiada sesiapa akan tersilap meletakkannya di tempat yang salah semasa menggunakan Dropbox Business.“

HASIL

Melonjak produktiviti dan kepuasan hati

Dengan mobiliti disokong sepenuhnya dan sistem keselamatan teratur, kerjasama dalam seluruh organisasi Paymark kini lebih ringkas dan selamat. Selain daripada menambah baik proses dalaman untuk Paymark, Dropbox Business turut memudahkan pekerja untuk bekerja dengan rakan kongsi luar. ”Keupayaan kami untuk bekerjasama dalam apa-apa sahaja daripada rundingan kontrak kepada reka bentuk dan pembangunan piawaian teknikal bersama pihak ketiga jelas sekali telah bertambah baik dengan Dropbox Business,” kata Burson. Keputusannya adalah tenaga kerja yang lebih cekap dan produktif. Burson merumuskan impak Dropbox Business dengan menambah, “Kami mempunyai satu set peralatan yang tidak memuaskan dan orang ramai cuma mencari jalan pintas. Beralih kepada Dropbox Business memberi kami peluang untuk meningkatkan produktiviti kakitangan sambil turut meningkatkan kepuasan pekerja. Akhirnya, kami mendapat sesuatu yang lebih berkesan, selamat, dan menjadikan semua orang gembira.”

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda