{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Peruncit farmasi menggunakan Dropbox Business untuk berkongsi wawasan perniagaan bersama pengurus operasi dan pengembangan di seluruh Brazil pada masa nyata, membantu syarikat mengekalkan kedudukannya dalam industri.

Hasil Utama RaiaDrogasil

 Memperbaiki proses pemilihan tapak kedai baru 

 Melancarkan proses penilaian prestasi kedai sedia ada  

 Membolehkan pengurus membuat keputusan yang lebih baik dengan lebih cepat   

CABARAN

Mencari cara yang lebih baik untuk perkongsian data

RaiaDrogasil banyak bergantung pada teknologi untuk mengembangkan dan menjalankan operasi rangkaian kedainya. Preskripsi untuk pertumbuhan ini telah menjadikan rangkaian farmasi ini yang terbesar di Amerika Latin, dengan lebih daripada 1,200 kedai. Tetapi kejayaan mendatangkan cabaran: Dengan lebih banyak kedai, ia menjadi lebih sukar untuk ibu pejabat di São Paulo berkongsi data peruncitan penting bersama pengurus mereka dengan cepat. RaiaDrogasil menggunakan pemacu USB dan lampiran e-mel, menjadikannya mustahil untuk mengemas kini maklumat perniagaan yang penting pada masa nyata. “Cabaran kami selama ini adalah membekalkan maklumat dalam cara yang pantas dan tepat kepada pengurus kami, untuk membolehkan mereka membuat keputusan dalam persekitaran perniagaan mereka,” kata Pengarah Perancangan Runcit, Bruno Pipponzi. “Maklumat tidak mengalir sepantas tuntutan pasaran.” Untuk kekal di hadapan dalam segmen persaingan sengit, RaiaDrogasil sedar ia memerlukan platform perkongsian fail yang lebih tangkas. Syarikat ini meneliti beberapa penyelesaian awan, tetapi memilih Dropbox Business setelah menyedari bahawa pekerja telah pun menggunakan akaun Dropbox peribadi untuk kerja. “Dropbox alat yang paling mesra pengguna—ringkas dan mudah untuk dipelajari,” kata Pipponzi.

“Keputusan dibuat terus dari tapak dengan cara yang lebih cepat dan responsif. Itu satu kelebihan besar buat kami.”

PENYELESAIAN

Mencari cara yang lebih sihat untuk bekerjasama

Dengan Dropbox Business, pasukan Perancangan Runcit RaiaDrogasil yang berasas di ibu pejabat, boleh berkongsi peta, hamparan, laporan, dan papan pemuka yang mengandungi maklumat perniagaan bersama semua pengurus kedai di seluruh Brazil dengan serta-merta. Disebabkan penyelesaian ini berfungsi dengan semua platform, kini pengurus membuka hamparan dan dokumen lain pada peranti mudah alih mereka. Mereka semua telah mengetepikan desktop mereka kerana mereka tidak lagi perlu berada di pejabat untuk menjadi produktif. “Keputusan dibuat terus dari tapak dengan cara yang lebih cepat dan responsif,” kata Pipponzi. “Itu satu kelebihan besar buat kami.” Apabila data syarikat dipusatkan di dalam folder kongsian Dropbox, ahli pasukan Perancangan Runcit boleh melawat mana-mana kedai dan mengakses semua fail kewangan dan operasi dengan serta-merta. “Ia memudahkan kami untuk bercakap dengan pengurus kedai dan memberikan garis panduan pengurusan,” kata Pipponzi. Pasukan pengembangan RaiaDrogasil juga bergantung pada Dropbox Business. Pekerja menggunakan perkhidmatan ini untuk berkongsi fail peta geopemasaran yang besar bersama pekerja yang meninjau lokasi kedai seterusnya. “Kami dapat berkongsi dokumen-dokumen ini disebabkan Dropbox,” kata Pipponzi. “Menggunakan platform Dropbox merupakan salah satu penyumbang utama kepada kemajuan ketara dalam pengembangan kami.” Pipponzi berkata syarikat ini mengawal siapa yang mempunyai akses kepada data menggunakan keizinan perkongsian dalam Konsol Pentadbir. Pengurus operasi di São Paulo mempunyai akses kepada folder untuk semua kedai dalam sektor mereka, manakala pengurus serantau hanya boleh melihat folder individu yang mengandungi maklumat untuk kedai di rantau mereka. “Inilah yang memberikan tahap keselamatan yang tinggi kepada proses ini,” kata Pipponzi.

“Kami perlu bersedia untuk menghadapi perubahan berterusan dalam dinamik persaingan dan dalam persekitaran perniagaan kami. Amat sukar untuk bayangkan bagaimana kami akan menguruskan operasi dan pengembangan sekarang tanpa platform kerjasama seperti Dropbox Business.”

HASIL

Kekal di hadapan dalam pasaran berdaya saing

Dropbox Business melengkapkan pekerja RaiaDrogasil dengan data yang mereka perlukan untuk membuat keputusan perniagaan yang memastikan syarikat sentiasa berada di hadapan, kata syarikat ini. “Kami perlu bersedia untuk menghadapi perubahan berterusan dalam dinamik persaingan dan dalam persekitaran perniagaan kami,” kata Pipponzi. “Amat sukar untuk bayangkan bagaimana kami akan menguruskan operasi dan pengembangan sekarang tanpa platform kerjasama seperti Dropbox Business.” Pertukaran amalan terbaik boleh berlaku secara organik sekarang kerana pengurus boleh berkongsi maklumat bersama pengurus di rantau lain dengan mudah. “Saya percaya itulah kelebihan yang diberikan oleh Dropbox,” kata Pipponzi. Menggunakan Dropbox Business untuk berkongsi analisis masa nyata tentang potensi hartanah telah menambah baik pemilihan lokasi kedai baru dengan ketara, katanya. Disebabkan oleh kecanggihan dalam proses pemilihan ini, prestasi jualan kedai baru telah meningkat dengan ketara sepanjang beberapa suku tahun lepas. Ini hanya boleh dilakukan selepas maklumat lokasi dapat dikongsi dengan lebih mudah menggunakan Dropbox, kata Pipponzi. “Tidak boleh disangkal lagi bahawa Dropbox adalah alat yang mengagumkan, dengan potensi besar untuk menambah nilai kepada operasi runcit kami.”