Reaktor menggunakan Dropbox Business untuk memastikan pasukan teras kekal berhubung dan produktif — supaya mereka boleh membina perisian dan aplikasi terbaik untuk pelanggan di seluruh dunia.

Reaktor, syarikat perisian

Hasil Utama Reaktor

Perkongsian amalan terbaik lebih mudah merentasi pasukan

Komunikasi segera bersama pelanggan

Akses yang dipercayai kepada fail penting

Cabaran

Menyokong tenaga kerja teras

Dengan seangkatan 300 pereka bentuk, arkitek, pembangun, juruanalisis dan pelatih di padang, Reaktor membawa inovasi ke tahap baru — membangunkan perisian dan aplikasi untuk pelanggan di seluruh dunia, termasuk Finnair, Nokia, dan HBO. Selain daripada produk menonjol mereka, apa yang membezakan syarikat ini adalah pendekatan unik mereka terhadap khidmat pelanggan. Pasukan berbilang fungsi mereka bekerja di tapak bersama pelanggan, membenarkan pelaksanaan idea dan pengumpulan maklum balas yang pantas. ”Kami mempunyai tiga pejabat sebenar, tetapi dengan begitu ramai pasukan teras, ia seperti kami memiliki empat puluh pejabat,” jelas Ketua Pegawai Teknologi, Hannu Terävä. Walaupun cara bekerja dari jarak jauh ini menawarkan pelbagai kelebihan, pada mulanya ia memberi beberapa kesulitan kepada Reaktor. ”Penyediaan dan pentadbiran pelayan fail, hak pentadbir, VPN, dan tembok api sememangnya perkara yang bermasalah buat kami,” kata Ketua Pemasaran dan Komunikasi, Ville Valtonen.

Penyelesaian

Mengibarkan idea baru

Beralih kepada Dropbox Business memberikan Reaktor satu cara yang lebih mudah untuk memastikan pasukan berhubung. Pekerja tidak lagi perlu menyalin fail berulang-alik dari pelayan atau memburu versi yang terkini, dan kebolehcapaian fail merentasi zon masa serta-merta menjadi lebih mudah. Valtonen menambah, “Anda tahu sesuatu alat itu bagus bila anda langsung tidak sedar anda sedang menggunakannya. Ia betul-betul berkesan. Dropbox Business ibarat seperti air minum — anda tidak fikir dari mana datangnya air itu, anda cuma minum. Dan seperti air, kami tidak boleh hidup tanpanya sekarang.“ Dropbox Business telah menjadi sebahagian besar daripada projek berprofil tinggi Reaktor, seperti pembangunan sistem hiburan penerbangan dan aplikasi mudah alih untuk Finnair. “Kami membina seluruh sistem dari awal,“ jelas Valtonen. “Untuk Finnair, kami sebenarnya berfikir tentang cara untuk mentakrifkan semula pengalaman penerbangan — dan kami tidak dapat bayangkan untuk bekerja tanpa Dropbox Business.“

Hasil

Kunci kepada budaya inovasi

Selain daripada bergantung pada Dropbox Business dalam usaha seperti projek Finnair, pekerja Reaktor juga bergantung padanya untuk berkongsi amalan terbaik antara satu sama lain merentas projek dan klien. Walaupun syarikat ini mempunyai lebih daripada 300 orang, ia masih cuba untuk mengguna pakai pendekatan syarikat baru dalam bekerjasama dan daya cipta. ”Kami meletakkan banyak usaha dalam menjadikan ini terasa seperti sebuah syarikat kecil supaya kami boleh mengekalkan budaya ini di sini,” kata Valtonen. Akhirnya, semuanya adalah tentang bekerja sebijak yang boleh untuk menyampaikan penyelesaian teknologi yang paling inovatif dan transformatif dalam industri. ”Dropbox Business membantu kami mengekalkan tahap produktiviti yang tinggi,” tambah Valtonen. ”Ia membantu kami mencapai metrik kejayaan terunggul kami, iaitu membina produk yang membolehkan pelanggan kami berjaya.”

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda