Dengan sokongan reka bentuk dan kerjasama pembangunan daripada Dropbox Business, pembekal perisian yang berpangkalan di Singapura ini dapat terus mempertingkatkan penyelesaian pengurusan inventori bahagian belakang yang menyeluruh untuk pemborong di seluruh dunia.

TradeGecko, pembekal perisian

Hasil Utama TradeGecko

Kerjasama lancar antara pereka bentuk perisian

Pratonton dan perkongsian pantas fail reka bentuk besar

Simpanan selamat dokumen sumber manusia dan syarikat

Cabaran

Bersaing dengan pertumbuhan mendadak

Diasaskan oleh tiga usahawan dari New Zealand pada tahun 2012, prestasi TradeGecko telah melonjak dengan begitu pesat sehingga ia menyaksikan pasukan reka bentuk berkembang sebanyak tiga kali ganda hanya dalam beberapa bulan. Oleh kerana perlu bekerjasama dalam segala-galanya daripada projek berkaitan perisian kepada program pemasaran, pekerja syarikat ini berkongsi fail secara setempat dan bertukar-tukar pemacu kilat sesama sendiri. Akhirnya, mereka sedar bahawa mereka memerlukan satu penyelesaian lebih teguh yang akan membenarkan perkongsian masa nyata serta akses untuk berbilang pengguna. Dengan pereka bentuk dan pembangun bekerja dalam fail Photoshop, Adobe Illustrator, dan Sketch yang amat besar, ia juga penting untuk platform perkongsian ini dapat mengendalikan muatan data yang besar dengan mudah. Syarikat ini memutuskan untuk menyediakan akaun Box, namun menurut Pereka Bentuk Kanan, Alex Smee, “Pengalaman itu kurang optimum.” Disebabkan ramai pekerja TradeGecko merupakan pengguna Dropbox peribadi, syarikat ini akhirnya memilih untuk cuba beralih kepada Dropbox Business.

Penyelesaian

Pratonton segera, kerjasama mudah antara pasukan

Dropbox Business membolehkan ahli pasukan TradeGecko untuk berkongsi projek, menyumbang kepada lebih daripada satu projek pada satu-satu masa, dan memastikan tiada kekeliruan berkenaan versi fail yang digunakan oleh semua orang. Selain daripada kerjasama rapat di kalangan pereka bentuk, pekerja lain dalam seluruh syarikat boleh melihat pratonton fail melalui Dropbox Business untuk kekal sedia maklum mengenai perkembangan projek. Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Cameron Priest berkata, “Saya tidak memasang Adobe Illustrator pada komputer saya, tetapi saya masih dapat menggunakan Dropbox Business untuk meneliti semua fail terkini yang dicipta menggunakan Illustrator.” Dropbox Business bukan sahaja membolehkan pekerja TradeGecko untuk berkongsi dan menyimpan fail yang sangat besar dengan mudah, tetapi turut memberikan mereka pilihan untuk menyimpan fail-fail besar seperti itu di luar pemacu setempat mereka. Smee menjelaskan, “Bahan pemasaran kami ada kalanya melibatkan video yang memakan banyak gigabait, dan di sinilah ciri penyelarasan terpilih Dropbox Business menjadi sangat penting.” Apabila syarikat ini perlu berkongsi dokumen dengan orang di luar syarikat—contohnya, untuk mendapat input daripada peguam mengenai isu seperti opsyen saham syarikat—ia juga bergantung pada Dropbox Business. Tetapan keizinan fail membantu untuk memastikan segala-galanya daripada fail sumber manusia kepada kertas kerja pekerja hinggalah dokumen kewangan disimpan dengan selamat dan boleh dikongsi bersama individu yang berkenaan sahaja.

Hasil

Aliran kerja seharian yang sememangnya berkesan

Dengan Dropbox Business, operasi harian menjadi lebih lancar untuk TradeGecko—walaupun sementara ia terus mengembangkan tenaga kerja global. Smee berkata pereka bentuk khususnya sangat gembira kerana mereka tidak perlu bimbang lagi tentang bekerja dalam sistem silo. Kerjasama mudah dilakukan, dan ini menjadikan proses melaksanakan projek menjadi lebih pantas. Beliau menambah, “Dropbox Business bagaikan ibu pejabat bagi semua perkara yang kami kerjakan. Kami menggunakannya hampir setiap saat, setiap hari.” Salah satu perkara yang terbaik mengenai Dropbox Business adalah ia berjalan secara latar, membolehkan kakitangan TradeGecko untuk fokus pada keutamaan lain yang mendorong kemajuan syarikat ini—di sebalik menghabiskan masa menguruskan aplikasi dan aliran kerja yang berasingan. “Kami bekerja dalam fail seolah-olah ia terletak secara setempat,” kata Smee. “Segala-galanya terkini, selaras, dan disandarkan. Kami tidak fikir bahawa kami sedang menggunakan Dropbox—ia begitu lancar.”

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda