Tukar telefon anda menjadi scanner PDF

Dalam beberapa klik sahaja, tukar kontrak dan dokumen lain kepada PDF dengan telefon anda. Kemudian, simpan dan kongsi dokumen penting anda dalam Dropbox.

Imbas, simpan dan atur segala-galanya dalam Dropbox

Ketahui tempat simpanan resit kerja anda pada setiap masa. Terus cari gambar papan putih sumbang saran apabila anda memerlukannya. Anda tidak akan sesekali hilang kad perniagaan penting lagi dalam poket kot. Apabila anda menggunakan telefon anda sebagai scanner PDF, maka mudah untuk menangkap dan memuat naik imej dan fail penting ke akaun Dropbox anda. Dari situ, Dropbox memberikan anda cadangan nama pintar dan folder berdasarkan imbasan terbaru anda agar anda boleh menyusun fail anda secara intuitif.

Pustaka pdf diimbas disimpan dalam Dropbox

Pastikan semua fail anda teratur dengan teknologi OCR

Dropbox menggunakan pengecaman tulisan optikal (OCR) automatik pada dokumen diimbas agar anda boleh mencari kandungan dengan mudah kemudian. Masukkan sahaja istilah atau kata kunci dalam bar carian dan satu senarai pendek kandungan yang berkenaan akan muncul. Anda juga boleh mencari kandungan menggunakan pratonton mini. Ini akan memudahkan anda mencari dan mengatur semua fail PDF dalam Dropbox

Hasil carian untuk pakaian dalam fail Dropbox

Lakukan lebih daripada scan dokumen

Scan dokumen ke fail pdf dengan pelbagai tapisan dalam warna hitam dan putih, papan putih atau asal. Imbasan anda dikesan secara automatik, maka anda juga boleh memotong dan memusingkannya dengan pintar. Tukar PDF menjadi dokumen berbilang halaman hanya dengan menambah halaman tambahan dan menyusun semula mengikut kegemaran anda. Anda juga sentiasa boleh mengambil semula imbasan tanpa perlu memulakan semula. Apabila anda sudah selesai, pilih tempat dalam Dropbox untuk anda menyimpan imbasan anda dengan cadangan nama pintar dan folder pintar.

Peranti mudah alih mengimbas dokumen

Tukar fail kertas menjadi alat kerjasama digital

Bebaskan diri anda daripada bergantung kepada folder fizikal atau dokumen kertas dalam pejabat. Ubah pasukan anda menjadi rumah kuasa yang teratur dan bekerjasama dengan fail tanpa kertas dan boleh dikerjakan yang boleh diakses semua orang di satu tempat. Pasukan anda boleh scan dokumen ke PDF dengan segera, menyimpan dan menyandarkan semua kerja penting mereka dalam Dropbox dan pada masa yang sama menikmati mobiliti dan kebebasan yang lebih tinggi untuk bekerja dari mana-mana jua.

Kolaborator memberi komen pada dokumen diimbas di Dropbox

Ya, PDF diimbas boleh disunting dengan integrasi Adobe + Dropbox. Anda boleh membuka PDF daripada akaun Dropbox anda dalam Adobe di desktop anda dan daripada apl mudah alih Adobe. Sebarang perubahan yang dibuat pada fail Adobe yang disimpan dalam akaun Dropbox anda akan diselaraskan secara automatik.

Ya, anda boleh mencari teks dalam PDF diimbas jika anda menyimpan fail anda dalam akaun Dropbox Plus, Dropbox Professional atau Dropbox Business Advanced dan Enterprise. PDF diimbas untuk akaun ini diimbas secara automatik dan diimbas agar anda boleh mencari teks yang ditemui di dalamnya. 

Mudah sahaja untuk menyusun PDF dalam Dropbox.  Salah satu sebab terbaik untuk menyusun PDF anda dalam Dropbox adalah untuk menyingkirkan risiko kehilangan dokumen penting dan mengurangkan keserabutan fizikal. Fail anda dalam Dropbox disusun mengikut abjad secara lalai, tetapi dengan mudah anda boleh menukar kaedah pengisihan dengan mengklik pada pengepala lajur. Kemudian, anda boleh memilih untuk mengisih fail anda mengikut nama, jenis fail, saiz dan tarikh diubah suai serta menyusunnya mengikut pilihan anda.

OCR bermaksud Pengecaman Tulisan Optik. OCR merupakan teknologi yang digunakan untuk "membaca" teks yang muncul dalam fail imej. OCR  mengindeks teks dalam imej anda—termasuklah dokumen diimbas, foto dokumen, foto dengan tanda atau babak dengan taip, atau sari kata pada imej ke dalam teks yang boleh anda cari menggunakan kata kunci atau istilah. Kini, Dropbox menggunakan OCR untuk mengecam teks PDF anda dan kebanyakan format imej lazim untuk menjadikannya boleh dicari mengikut kandungan masing-masing.

Lihat lebih banyak ciri

Online cloud storage

Storan awan

Pastikan semua fail anda selamat dengan cloud storage dalam talian yang berkuasa    

Apl untuk imbasan dokumen

Apl pengimbas dokumen

Singkirkan kertas dari pekerjaan

Alat pengurusan tugas

Pengurusan tugas

Uruskan senarai tugasan anda dengan lebih efektif dengan Dropbox Paper  

Templat pelan projek

Templat pelan projek

Cipta templat pelan projek anda sendiri dengan Dropbox Paper