Perbezaan folder kongsian dengan Dropbox Business

Sesetengah pasukan mempunyai akses kepada struktur folder pasukan yang baru. Jika anda melihat folder ungu dan ikon satu orang di dropbox.com, anda mempunyai akses kepada ruang pasukan yang baru. Ketahui lebih lanjut tentang ruang pasukan.

Jika anda tiada folder ungu ini, pasukan anda mempunyai folder pasukan standard. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

Dengan Dropbox Business:

  • Folder kongsian hanya dikira sekali terhadap kuota storan keseluruhan untuk pasukan: anda boleh berkongsi folder bersama ahli pasukan tanpa menggunakan ruang di dalam beberapa akaun.
  • Folder kongsian boleh dikongsi dengan seseorang di luar pasukan anda (jika pentadbir anda membenarkannya).
    • Dalam keadaan ini, folder kongsian masih dikira terhadap kuota storan pasukan anda dan kuota storan penerima.
  • Jika pentadbir anda membenarkan perkongsian dengan bukan ahli pasukan, maka anda masih boleh menetapkan folder kongsian tertentu sebagai pasukan-sahaja.

Apakah folder pasukan?

Folder pasukan berbeza daripada folder kongsian. Ia dicipta dan dimiliki oleh pentadbir pasukan.

Ketahui lebih lanjut tentang folder pasukan.

Mesej ralat dan masalah lain dengan folder pasukan

Jika anda mengalami mesej ralat Dropbox, atau mengalami masalah lain dengan folder pasukan, teruskan membaca untuk arahan khusus.

Jika anda nampak tab Kandungan di sebalik tab Folder pasukan, pasukan anda mempunyai struktur folder pasukan yang baru. Anda boleh menguruskan ruang pasukan ini dalam pengurus kandungan.

Saya seorang pentadbir, dan saya sedang cuba menamakan semula folder pasukan

Dalam pasukan Dropbox Business atau Enterprise, pentadbir pasukan boleh menamakan semula folder pasukan menggunakan pengurus folder pasukan:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com menggunakan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Folder Pasukan.

Ketahui lebih lanjut tentang folder pasukan

Saya ingin menamakan semula folder pasukan, tetapi saya bukan pentadbir pasukan saya

Hanya pentadbir pasukan bagi pasukan Dropbox Business atau Enterprise boleh mencipta, menamakan semula, atau menghapuskan folder pasukan.

Saya sedang cuba memindahkan folder pasukan

Folder pasukan tidak boleh dipindahkan ke lokasi baru di dalam Dropbox anda, ataupun "disarangkan" di dalam folder lain. Jika anda ingin menukar lokasi folder pasukan, pertimbangkan untuk mencipta folder yang baru.

Ketahui lebih lanjut tentang folder pasukan

Uruskan akses ke folder pasukan, arkibkannya, atau hapuskannya secara kekal

Hanya pentadbir pasukan Dropbox Business boleh menguruskan akses ke folder pasukan:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com menggunakan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Folder pasukan.
  4. Klik Urus di sebelah nama folder pasukan.
  5. Dari sini anda boleh menambah kumpulan di sebelah Tambah kumpulan, atau mengubah keizinan kumpulan. Klik menu pilihan di sebelah nama pengguna atau kumpulan untuk mengubah keizinan. Dari sini, anda boleh Buang akses, atau memberi keizinan menyunting atau melihat-sahaja.

Nota penting:

  • Mengarkib: Folder pasukan yang diarkib masih boleh diakses oleh pentadbir melalui pengurus folder pasukan; folder pasukan yang diarkib tidak tersedia kepada ahli pasukan
  • Membuang: Membuang akses pengguna atau kumpulan ke folder pasukan akan menyahkongsi folder itu
  • Menghapus secara kekal: Jika anda menghapuskan folder pasukan secara kekal, ia tidak boleh dipulihkan, walaupun oleh sokongan Dropbox
  • Pasukan percuma: Pentadbir pasukan percuma tidak boleh mengambil mana-mana tindakan ini pada folder pasukan

Jika anda adalah ahli pasukan, dan anda ingin menghapuskan folder pasukan untuk menjimatkan ruang pada komputer anda, pertimbangkan untuk menggunakan ciri penyelarasan terpilih .

Saya sedang cuba memindahkan folder kongsian keluar daripada folder pasukan

Pentadbir tidak boleh memindahkan fail atau folder keluar daripada folder pasukan.

Hanya pemilik folder kongsian boleh memindahkannya keluar daripada folder pasukan. Jika anda bukan pemilik folder kongsian, hubungi pemilik untuk membuangnya daripada folder pasukan. Anda juga boleh menghubungi pentadbir pasukan anda.

Saya sedang cuba mengalihkan folder kongsian ke dalam folder kongsian yang lain

Anda tidak boleh mengalihkan folder kongsian ke dalam folder kongsian yang lain. Ini dipanggil sebagai "bersarang", dan akan memutuskan kefungsian folder kongsian.

Walau bagaimanapun, ahli pasukan dalam pasukan Dropbox Business, Enterprise, atau pasukan percuma boleh memindahkan folder kongsian ke dalam folder pasukan.

Ketahui lebih lanjut tentang folder pasukan

Saya sedang cuba mengalihkan folder kongsian ke dalam folder pasukan

Hanya pemilik folder kongsian boleh mengalihkannya ke dalam folder pasukan. Jika anda bukan pemilik folder kongsian, anda tidak boleh mengalihkannya ke dalam folder pasukan. Walau bagaimanapun, anda boleh menghubungi pemilik folder kongsian itu dan meminta mereka untuk melakukannya untuk anda.

Jika anda pemilik folder kongsian, anda boleh mengalihkannya ke dalam folder pasukan menggunakan salah satu cara ini:

  • Pada aplikasi desktop Dropbox: seretkan folder kongsian ke dalam folder pasukan
  • Di dropbox.com: alihkan folder (pilihan Alih akan muncul apabila anda klik "" di sebelah nama folder)

Perhatian: Jika anda mengalihkan folder kongsian ke dalam folder pasukan, pentadbir pasukan akan menjadi pemilik folder yang baru.

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Hubungi sokongan