Mengalihkan folder Dropbox anda ke lokasi baru

Anda boleh mengalihkan folder Dropbox anda ke mana-mana lokasi pada pemacu keras atau pemacu keras luar anda menggunakan aplikasi desktop Dropbox.

Sila beri perhatian sebelum anda bermula

  • Gunakan pemacu keras yang sama: Jika anda memutuskan untuk mengalihkan folder, pilih lokasi pada pemacu keras yang sama seperti sistem pengendalian anda. Dropbox tidak akan berfungsi dengan betul jika folder Dropbox tidak boleh diakses, yang mana boleh berlaku jika ia terletak pada pemacu keras luar yang boleh terputus sambungan.
  • Elakkan sistem fail rangkaian: Dropbox tidak serasi dengan sistem fail rangkaian, kerana ia tidak menghantar mesej apabila fail berubah. Apabila Dropbox mula-mula dilancarkan, ia akan membuat imbasan fail menyeluruh, mengesan perubahan, dan menyelaraskannya. Bagaimanapun, Dropbox selalunya akan menunggu "acara pengemaskinian fail," yang mana hanya akan dihantar oleh pemacu yang bersambung secara fizikal.
  • Elakkan sistem fail bukan lalai: Mengalihkan folder Dropbox ke pemacu dengan sistem fail bukan lalai untuk sistem pengendalian boleh menyebabkan tingkah laku yang tidak diduga. Sistem fail ini mungkin mempunyai batasan di luar kawalan Dropbox, termasuk had ke atas saiz fail, jenis fail, atau lain-lain.
  • Isu dengan pemacu luar: Jika anda mengalihkan folder Dropbox ke pemacu luar, folder Dropbox mesti tersedia apabila komputer anda dimulakan semula dan sebelum aplikasi desktop Dropbox dilancarkan. Jika aplikasi desktop Dropbox bermula sebelum pemacu itu dicucuk dan ini dikesan oleh komputer, anda akan mendapat ralat. Kemudian Dropbox akan memberi anda peluang untuk memautkan semula akaun Dropbox anda atau keluar jika ia tidak menemui folder Dropbox anda.
    • Jika pemacu luar terputus sambungan daripada komputer semasa Dropbox sedang berjalan, ada kemungkinan kecil—namun bahaya—di mana aplikasi ini akan mula menghapuskan fail sebelum menyedari bahawa seluruh pemacu telah pun dicabut.
  • Media boleh cabut: Kad SD, atau sebarang peranti yang dianggap sebagai "Media boleh cabut" oleh sistem pengendalian anda, bukanlah lokasi yang disokong untuk folder Dropbox. Dropbox berfungsi paling baik apabila ia dihos pada pemacu dalaman utama komputer anda, ataupun pada pemacu keras luar yang bersambung secara fizikal. Dropbox hanya boleh menyediakan sokongan secara langsung apabila folder dihos pada pemacu dalaman utama komputer anda.

Sila pertimbangkan kemungkinan masalah ini semasa memilih lokasi baru untuk Dropbox. Rujuk sumber untuk sistem pengendalian anda jika anda ada pertanyaan lanjut.

Bagaimana untuk mengalihkan folder Dropbox

  1. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem atau bar menu.
  2. Klik Keutamaan (Linux), atau ikon gear (macOS dan Windows)
  3. Klik Selaraskan (pada macOS,anda perlu klik Keutamaan… terlebih dahulu).
  4. Klik Alih… (Linux dan Windows), atau lokasi Dropbox (macOS).
  5. Pilih lokasi baru untuk folder Dropbox anda.
  6. Benarkan Dropbox mengalihkan folder anda dan kandungannya ke lokasi baru.

Jika anda sudah menyambungkan Dropbox peribadi dan kerja, anda akan melihat kedua-dua akaun Dropbox anda disenaraikan. Pilih tab yang betul sebelum mengalihkan lokasi folder Dropbox.

Folder Dropbox anda akan mengekalkan nama yang sama seperti sebelum ini, dan tidak boleh ditukar semasa proses peralihan. Dropbox tidak akan menyelaraskan folder Dropbox anda jika ia telah dinamakan semula atau dipindahkan secara manual melalui sistem pengendalian anda. Jika Dropbox kehilangan jejak folder Dropbox anda, ia akan cuba untuk menyelaras semula folder itu secara keseluruhan menggunakan lokasi terakhir yang diketahui.

macOS: Alih folder Dropbox kembali ke lokasi lalai secara manual

  1. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem atau bar menu.
  2. Klik ikon gear.
  3. Klik Keutamaan…
  4. Klik Penyelarasan.
  5. Klik menu juntai bawah di sebelah lokasi Dropbox.
  6. Pilih Other…
  7. Buka senarai Aplikasi .
  8. Klik menu juntai bawah Aplikasi, dan pilih cakera keras anda.
  9. Buka folder Pengguna .
  10. Pilih nama pengguna komputer anda (ia mungkin mempunyai ikon "utama" di sebelahnya).
  11. Klik Pilih.
  12. Sahkan langkah itu dengan mengklik Alih.

Saya tidak boleh alihkan folder Dropbox ke lokasi baru—apa yang harus saya lakukan?

Jika anda sedang mengalihkan folder Dropbox ke lokasi baru, anda boleh mendapat ralat jika mana-mana yang berikut adalah benar:

Lokasi baru berada pada media boleh alih

Jika anda memindahkan folder Dropbox anda, dan destinasi yang dipilih berada pada media boleh alih (seperti pemacu USB boleh alih atau kad memori), Dropbox mungkin tidak dapat mencipta folder Dropbox.

Kami amat menyarankan anda memilih lokasi pada pemacu dalaman. Jika folder Dropbox terletak pada media boleh cabut, dan media ini tidak dicucuk, anda boleh melihat pelbagai masalah, termasuk:

  • Penghapusan yang tidak diingini
  • Prestasi pelarasan tidak baik
  • Masalah dengan atribut lanjutan
  • Ketidakserasian sistem fail

Terdapat fail atau folder sedang digunakan

Dropbox tidak dapat mengalihkan sesetengah fail ke lokasi baru jika ia sedang digunakan oleh aplikasi lain. Untuk menyelesaikan masalah ini, tutup sebarang aplikasi yang sedang mengakses fail di dalam folder Dropbox anda sebelum cuba untuk mencipta folder Dropbox di lokasi yang baru.

Pemacu keras anda, atau destinasi untuk folder Dropbox, kekurangan ruang

Jika anda tidak dapat mengalihkan folder Dropbox ke lokasi baru, boleh jadi pemacu luar tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menampung semua data yang disimpan di dalam folder Dropbox anda. Untuk menyemak sama ada ini terjadi kepada anda, lihat baki ruang pemacu keras anda. Jika pemacu keras anda sangat kekurangan ruang cakera, anda perlu menyediakan ruang untuk memindahkan kandungan folder Dropbox anda dengan betul ke lokasi baru.

Anda sedang menggunakan symlink atau fail rujukan

Kami tidak menggalakkan anda menggunakan kaedah yang menambah fail rujukan (symlink, titik simpang, atau folder berangkai) ke folder Dropbox. Selain mengganggu dengan mencipta folder Dropbox di lokasi yang baru, fail rujukan boleh menyebabkan penggunaan CPU yang tinggi, prestasi pelarasan tidak baik, masalah keizinan, dan percanggahan penggunaan ruang.

Terdapat keizinan folder yang salah

Jika anda tidak dapat mengalihkan folder Dropbox ke lokasi baru, kemungkinan anda sedang mengalami isu keizinan. Secara khusus:

  • Folder dalam Dropbox anda tiada keizinan yang betul
  • Destinasi di mana anda cuba untuk memindahkan folder Dropbox anda tidak mempunyai keizinan yang betul

Jika salah satu daripada ini adalah benar untuk anda, ikut langkah-langkah di bawah untuk menyelesaikan masalah keizinan fail. Jika langkah-langkah ini tidak berkesan, hubungi pembikin perisian yang anda gunakan pada komputer atau pemacu keras luar anda untuk menyelesaikan masalah dengan lebih lanjut.

Klik sistem pengendalian anda di bawah untuk melihat arahan:

Linux

  1. Keluar daripada Dropbox dengan mengklik kanan menu Dropbox dari bar menu dan pilih Keluar.
  2. Buka tetingkap terminal dan salin dan tampalkan baris berikut ke dalam terminal (bulat-bulat seperti yang ditulis di bawah):
  3. sudo chown "$USER" "$HOME"

    sudo chown -R "$USER" ~/Dropbox ~/.dropbox

    sudo chattr -R -i ~/Dropbox

    sudo chmod -R u+rw ~/Dropbox ~/.dropbox

  4. Jika folder Dropbox anda bukan ~/Dropbox, pastikan anda mengubah suai semua perintah di atas untuk menghalanya ke lokasi yang betul.
  5. Mulakan semula Dropbox dengan pergi ke menu Internet di bawah Applications.

Mac

  1. Keluar Dropbox dengan mengklik ikon Dropbox dari bar menu, mengklik ikon gear, dan kemudian memilih Keluar Dropbox dari menu yang muncul.
  2. Buka apl Terminal anda (terletak di /Applications/Utilities/Terminal).
  3. Salin dan tampal baris berikut ke dalam Terminal, satu demi satu, dan tekan Return selepas setiap satu.
    • Pastikan anda salin-dan-tampal arahan ini, dan bukannya menaip dengan tangan, kerana memasukkan arahan dengan salah boleh menyebabkan mudarat kepada komputer anda
  4. Anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan pengguna komputer anda (bukan kata laluan Dropbox anda) selepas memasukkan perintah pertama. Ambil perhatian bahawa ruang kata laluan dalam terminal akan tetap kosong semasa anda menaip kata laluan anda. Selepas anda menaipnya, tekan Return.
  5. sudo chflags -R nouchg ~/Dropbox ~/.dropbox ~/.dropbox-master 

    sudo chown "$USER" "$HOME" 

    sudo chown -R "$USER" ~/Dropbox ~/.dropbox 

    sudo chmod -RN ~/.dropbox ~/Dropbox 

    chmod -R u+rw ~/Dropbox ~/.dropbox

  6. Jika lokasi folder Dropbox anda bukan ~/Dropbox, pastikan anda mengubah suai semua perintah di atas untuk menghalanya ke lokasi yang betul.
  7. Mulakan semula Dropbox. Dropbox terletak di dalam folder Applications anda.

Perhatian: Untuk mengubah suai perintah supaya menghala ke lokasi yang betul, sunting laluan folder Dropbox supaya sepadan dengan direktori maklumat hos.

  • Jika folder tiada di /Users/USERNAME/Dropbox​, gantikan ~/Dropbox​ dengan lokasi penuh dalam maklumat hos komputer yang khusus.
  • Contohnya, jika laluan Dropbox adalah /Volumes/MyDrive/Dropbox (Team),​ semua entri ~/Dropbox​ harus digantikan dengan /Volumes/MyDrive/Dropbox (Team)

Windows

  1. Keluar Dropbox dengan mengklik ikon Dropbox dalam dulang sistem, mengklik ikon gear dalam panel pemberitahuan, dan memilih Keluar Dropbox dari menu.
  2. Tekan Kekunci Windows + R (serentak), kemudian taip cmd dan tekan Enter untuk membuka prom perintah.
  3. Salin dan tampalkan baris berikut ke dalam prom perintah, satu demi satu, dan tekan Enter selepas setiap satu.
    • Pastikan anda salin-dan-tampal arahan ini, dan bukannya menaip dengan tangan, kerana memasukkan arahan dengan salah boleh menyebabkan mudarat kepada komputer anda
    • Tampal dengan mengklik kanan dan kemudian memilih Tampal
  4. icacls "%HOMEPATH%\Dropbox" /grant "%USERNAME%":(F) /T

    icacls "%APPDATA%\Dropbox" /grant "%USERNAME%":(F) /T

  5. Jika lokasi folder Dropbox tidak mempunyai laluan C:\Users\YourUser\Dropbox , ubah suai perintah pertama untuk menghalanya. Contohnya, jika Dropbox anda di dalam D:\Dropbox, perintah akan kelihatan seperti:
  6. icacls "D:\Dropbox" /grant "%USERNAME%":(F) /T

  7. Perintah lain harus kekal tidak berubah. Ambil perhatian bahawa bergantung kepada saiz Dropbox anda, operasi ini mungkin akan mengambil sedikit masa untuk dilengkapkan. Tunggu prom C:\ muncul semula sebelum meneruskan.
  8. Mulakan semula Dropbox dengan membuka menu Mula memilih Program Files, dan kemudian Dropbox.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan