Bagaimanakah saya menetapkan tarikh luput untuk pautan kongsian?

Tambah, ubah suai, atau buang tarikh luput untuk pautan kongsian

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus di atas nama fail atau folder dan klik butang Kongsi yang muncul.
  3. Dalam tetingkap timbul, klik Tetapan pautan.
  4. Dalam tetingkap yang seterusnya, klik Tetapkan kata laluan / tarikh luput (atau untuk pengguna Dropbox Business, Tetapkan penglihatan / tarikh luput).
  5. Pilih Ya dan pilih bila anda mahu pautan itu luput. Pautan kongsian akan luput pada 11:59 PTG pada hari yang anda pilih, berdasarkan zon masa anda.
  6. Klik Simpan tetapan untuk tarikh luput digunakan pada pautan.

Setelah disimpan, anda boleh menyalin dan menampal pautan ke dalam e-mel atau hantarnya terus melalui Dropbox. Setelah pautan luput, anda perlu mencipta pautan baru untuk berkongsi fail atau folder semula.

Bagaimanakah rupa pautan kongsian dengan tarikh luput untuk penerima?

Penerima akan dapat melihat halaman pautan kongsian seperti biasa. Mereka tidak akan dapat melihat tarikh luput itu.

Bagaimana jika saya ingin menukar tarikh luput?

Anda boleh menukar tarikh luput menggunakan langkah-langkah dalam artikel ini. Kali ini pilih tarikh luput yang berbeza.

Apakah yang akan berlaku jika penerima mengakses pautan selepas ia telah luput?

Jika seseorang melayari pautan selepas ia luput, mereka akan melihat halaman ini:


Saya ahli pasukan Dropbox Business. Adakah pentadbir saya mempunyai sebarang kawalan ke atas tarikh luput yang saya tetapkan?

Pentadbir tidak boleh menguatkuasakan dasar tarikh luput untuk pautan kongsian ahli pasukan. Bagaimanapun, pentadbir boleh mengehadkan semua pautan kongsian untuk pasukan-sahaja.

Pentadbir Dropbox Business: ketahui cara untuk menjadikan pautan untuk pasukan-sahaja.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu