Bagaimanakah saya mengehadkan akses kepada pautan kongsian?

Dropbox Business

Hadkan akses pautan kongsian untuk ahli pasukan anda

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus di atas nama fail atau folder dan klik butang Kongsi yang muncul.
  3. Dalam tetingkap timbul, klik Tetapan pautan.
  4. Klik Hanya orang dengan kata laluan.
    • Perhatian: Menogol antara pilihan untuk Siapa yang boleh melihat ini? akan membuang kata laluan sedia ada.
  5. Tetapkan kata laluan.
  6. Klik Simpan tetapan.
  7. Klik Hanya orang dalam [nama pasukan].
  8. Klik Simpan tetapan.

Setelah disimpan, anda boleh menyalin dan menampal pautan ke dalam e-mel atau hantarnya terus melalui Dropbox.

Dropbox Business dan Plus

Tetapkan kata laluan untuk pautan kongsian

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
    • Jika anda berkongsi pautan ke fail individu, klik butang Kongsi di sebelah nama fail. Dalam tetingkap timbul, klik Tetapan pautan.
    • Jika anda berkongsi pautan ke folder, klik butang Kongsi di sebelah nama folder, dan dalam tetingkap timbul klik Tetapan folder.
  2. Klik Hanya orang dengan kata laluan.
    • Perhatian: Menogol antara pilihan untuk Siapa yang boleh melihat ini? akan membuang kata laluan sedia ada.
  3. tetapkan kata laluan

  4. Tetapkan kata laluan.
  5. Klik Simpan tetapan.

Setelah disimpan, anda boleh menyalin dan menampal pautan ke dalam e-mel atau hantarnya terus melalui Dropbox.

Bagaimanakah rupa pautan kongsian dengan kata laluan untuk penerima?

Jika seseorang cuba untuk melihat pautan kongsian menggunakan kata laluan, mereka akan melihat halaman ini:

Setelah mereka memasukkan kata laluan, mereka akan melihat halaman pautan kongsian yang biasa.

Bagaimana jika saya terlupa kata laluan saya untuk pautan itu atau ingin mengubahnya?

Anda boleh menetapkan semula kata laluan bagi sebarang pautan yang anda kongsi dengan cara yang sama anda menetapkan kata laluan. Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh mencipta kata laluan yang baru, atau anda sentiasa boleh melumpuhkan pautan. Atas sebab-sebab keselamatan, kami tidak akan memaparkan kata laluan sedia ada anda.

Ketahui cara untuk melumpuhkan pautan.

Saya ahli pasukan Dropbox Business. Adakah pentadbir saya mempunyai sebarang kawalan ke atas kata laluan yang saya tetapkan?

Pentadbir tidak boleh menguatkuasakan dasar kata laluan untuk pautan kongsian ahli pasukan. Apa yang boleh dilakukan oleh pentadbir adalah mengehadkan semua pautan kongsian kepada "pasukan-sahaja."

Pentadbir: ketahui cara untuk menjadikan pautan untuk pasukan-sahaja.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Other ways to get help

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu