{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Folder kongsian melwn. sulit

Secara lalai, apa-apa yang disimpan dalam akaun Dropbox anda adalah sulit—hanya anda yang boleh mengaksesnya. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan folder kongsian untuk bekerjasama dengan orang lain dalam akaun Dropbox anda. Hanya orang yang anda jemput boleh mengakses folder kongsian anda.

Folder sulit

Folder sulit berfungsi sama seperti mana-mana folder lain pada pemacu keras anda. Alih, salin, dan namakan semula folder dan kandungannya seperti mana-mana folder lain. Selagi folder ini berada di dalam folder Dropbox, dan Dropbox berjalan, segala-galanya di dalamnya akan diselaraskan dalam talian dan ke komputer anda yang lain.

Folder sulit tidak boleh diakses oleh orang awam. Segala-gala di dalam folder ini selamat seperti sebarang fail lain pada pemacu keras anda dan boleh diakses melalui dropbox.com hanya jika anda mendaftar masuk. Folder sulit boleh menjadi folder kongsian, dan anda boleh berkongsi fail di dalam folder sulit menggunakan pautan kongsian.

Folder kongsian

Folder kongsian dan kandungannya hanya tersedia kepada orang yang anda jemput. Anda boleh menjadikan mana-mana folder biasa sebagai folder kongsian, atau anda boleh menerima jemputan orang lain untuk menyertai folder kongsian mereka. Apabila anda berkongsi folder, anda akan diminta untuk memasukkan alamat e-mel orang yang anda mahu kongsikan folder anda. Setelah mereka menerima jemputan anda, folder kongsian itu akan muncul dalam Dropbox mereka seperti ia muncul dalam Dropbox anda. Sebarang perubahan yang dibuat terhadap folder kongsian itu akan diselaraskan kepada sesiapa sahaja yang menyertai folder tersebut. Ini cara yang hebat untuk bekerjasama dalam sebuah projek dan/atau berkongsi fail dengan orang lain.

Anda boleh menghalang ahli lain folder kongsian anda daripada menambah, menyunting, atau menghapuskan fail dengan menetapkan keizinan lihat-sahaja.

Windows dan Mac sahaja

Gunakan lambang Dropbox untuk melihat jika fail anda berada di dalam folder kongsian. Mengklik pada lambang Dropbox akan membuka tetingkap timbul di mana anda boleh nampak bilangan orang yang berkongsi fail itu dengan anda.

Klik pada Tetapan Folder Kongsian dalam Lambang untuk ke dropbox.com. Di dropbox.com, anda boleh lihat nama orang yang berkongsi folder dan fail itu dengan anda.

Pautan kongsian

Tidak seperti folder kongsian, fail dan folder terpaut adalah baca-sahaja, bermakna pengguna boleh melihat dan memuat turunnya, tetapi tidak boleh mengubah kandungannya.

Pautan Dropbox adalah unik kepada akaun anda, dan walaupun hampir mustahil untuk sesiapa meneka pautan ini, ia boleh diberikan dan boleh dilihat dan dimuat turun oleh sesiapa sahaja yang tiada atau mempunyai akaun Dropbox.

Pautan ke folder membenarkan akses luar bukan sahaja kepada folder dan kandungannya, malah sebarang sub-folder dan fail di dalam sub-folder itu juga.

Di dropbox.com, anda boleh melihat fail dan folder yang telah dikongsikan pautan sebelum ini: ikon pautan akan muncul di bawah lajur Dikongsi dengan.

Pengguna Dropbox Professional dan Dropbox Business

Anda boleh mengawal orang yang mempunyai akses kepada pautan kongsian anda dan untuk berapa lama dengan menetapkan kata laluan dan tarikh luput.

Pilih sistem pengendalian anda untuk maklumat lanjut:

Linux

Bagaimana hendak mengecam folder Dropbox pada Linux

Folder sulit

Folder sulit

Folder kongsi

Folder kongsi

Pautan kongsian

Pautan kongsian

Mac

Cara membezakan folder Dropbox pada Mac

Folder sulit

Folder sulit

Folder kongsi

Folder kongsi

Pautan kongsian

Pautan kongsian

Windows

Bagaimana hendak mengecam folder Dropbox pada Windows

Folder sulit

Folder sulit

Folder kongsi

Folder kongsi

Pautan kongsian

Pautan kongsian

Akses melalui apl pihak ketiga

Sesetengah aplikasi pihak ketiga dengan integrasi Dropbox akan meminta keizinan untuk mengakses akaun Dropbox anda. Untuk memberi akses, anda perlu log masuk ke akaun Dropbox anda dan klik butang Benarkan apabila digesa. Anda boleh melayari bahagian Apl yang dipaut daripada tetapan akaun anda untuk menyemak aplikasi yang telah diberikan keizinan dan menarik balik akses mengikut budi bicara anda.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan