Kongsi pautan atau fail daripada telefon mudah alih atau tablet.

Artikel ini membincangkan dua cara untuk memberi orang lain akses lihat-sahaja kepada fail di dalam Dropbox anda: kongsi fail atau cipta pautan kongsian.

Tidak kira yang mana anda gunakan, orang boleh melihat, menulis komen, atau memuat turun salinan fail anda. Tetapi mereka tidak akan dapat menyunting fail asal di dalam Dropbox anda. Sila ambil perhatian bahawa bukan semua platform menyokong kedua-dua kaedah.

Kongsi fail jika anda hanya ingin orang tertentu mempunyai akses kepada fail anda.

Cipta pautan kongsian jika anda ingin sesiapa sahaja boleh mengklik pautan untuk mengakses fail anda.

Klik menu pilihan di bawah, dan pilih peranti mudah alih yang anda ingin lihat arahannya.

Android

Kongsi fail

  1. Pergi ke fail atau folder yang anda mahu kongsi, kemudian tekan anak panah muat turun di sebelah kanan nama fail atau folder.
  2. Tekan Kongsi.
  3. Masukkan nama atau alamat e-mel orang yang memerlukan akses kepada fail anda.
  4. Di bawah Orang Ini, pilih Boleh lihat.
  5. Tambah meseh tentang fail dan tekan Hantar.

Kongsi pautan

  1. Pergi ke fail atau folder yang anda mahu kongsi, kemudian tekan anak panah muat turun di sebelah kanan nama fail atau folder.
  2. Tekan Kongsi.
  3. Tekan Cipta pautan.
    • Jika pautan telah pun dikongsi ke fail atau folder ini, tekan Kongsi di sebelah Sesiapa sahaja dengan pautan boleh melihat.
  4. Anda akan melihat menu apl, seperti e-mel atau teks, yang anda boleh pilih untuk menghantar fail anda. Pilih apl yang anda ingin gunakan dan Dropbox akan menampal pautan ke dalam apl.

iOS

Kongsi fail

  1. Cari fail yang anda mahu kongsi dalam paparan senarai fail.
  2. Klik ikon (elipsis) di sebelah nama fail.
  3. Tekan Kongsi.
  4. Masukkan nama atau alamat e-mel orang yang memerlukan akses kepada fail anda.
  5. Di bawah pilihan Orang Ini, pilih Boleh lihat.
  6. Tambah meseh tentang fail dan tekan Hantar.

Kongsi pautan

  1. Cari fail yang anda mahu kongsi dalam paparan senarai fail.
  2. Klik ikon (elipsis) di sebelah nama fail.
  3. Tekan Kongsi.
  4. Di bawah Siapa yang Mempunyai Akses tekan Cipta pautan.
    • Jika pautan telah pun dikongsi ke fail atau folder ini, tekan Kongsi di sebelah Sesiapa sahaja dengan pautan boleh melihat.
  5. Pilih cara anda ingin berkongsi pautan itu, seperti e-mel, SMS, atau kiriman media sosial.
  6. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki untuk menghantar atau mengirim pautan.

Windows Phone

Kongsi pautan

  1. Tekan dan tahan sebarang nama fail atau folder untuk mendedahkan senarai tindakan.
  2. Tekan Kongsi.
  3. Pilih sama ada anda ingin menghantar pautan atau menyalin pautan ke papan klip anda. Memilih Hantar pautan memberi anda pilihan untuk menggunakan apl lain, seperti e-mel, SMS, atau media sosial.
  4. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki untuk menghantar atau mengirim pautan.

Tablet Windows

Kongsi pautan

  1. Tekan pada folder atau fail yang anda ingin kongsi untuk membukanya.
  2. Tekan
  3. Pilih sama ada anda ingin menghantar pautan atau menyalin pautan ke papan klip anda. Menghantar pautan akan memberikan beberapa pilihan untuk berkongsi, seperti e-mel, Facebook, atau apl lain.
  4. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki untuk menghantar atau mengirim pautan.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Hubungi sokongan