Cara mengutamakan fail mana menyelaras dahulu

Ciri ini hanya disediakan kepada pengguna dengan akaun Dropbox Professional atau Business. 

Semasa fail sedang menyelaras, anda boleh mengutamakan satu fail sebelum fail lain dalam aplikasi Dropbox pada komputer anda. Anda tidak boleh mengutamakan folder atau fail pakej. 

Untuk mengutamakan satu fail dalam giliran penyelarasan anda:

  1. Klik Finder (Mac) atau Mula (Windows) dan kemudian klik folder Dropbox anda. 
  2. Seret dan lepaskan fail yang ingin diselaraskan ke dalam folder Dropbox anda. 
  3. Apabila anda nampak ikon penyelarasan biru padanya, klik kanan pada fail dan pilih Selaraskan Sekarang. 
  4. Fail itu akan diutamakan daripada semua fail yang tidak dipilih untuk Selaraskan Sekarang.  

Perhatian: Jika anda mencipta pautan kongsian ke suatu fail, ini akan menambah fail itu secara automatik kepada kelompok fail yang diutamakan.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan