Muat naik fail daripada telefon atau tablet

Apl mudah alih Dropbox memberi anda cara berbeza untuk memuat naik fail daripada telefon atau tablet anda. Fail yang dimuat naik menyelaras dengan Dropbox pada komputer anda dan semua peranti anda yang bersambung.

Artikel ini menerangkan cara berbeza untuk memuat naik daripada peranti mudah alih.

Muat naik foto dan video secara automatik

Dropbox boleh memuat naik foto dan video yang diambil daripada peranti mudah alih anda secara automatik, menggunakan ciri muat naik kamera.

Untuk membolehkan muat naik kamera pada peranti mudah alih anda, anda perlu sama ada:

  • Sambungkan komputer anda ke Dropbox, atau
  • Naik taraf kepada Dropbox Plus

Ketahui lebih lanjut tentang membolehkan muat naik kamera.

Tunjukkan arahan untuk:

Android

Muat naik foto dan video secara manual

Jika anda tidak membolehkan muat naik kamera, anda boleh menambah foto ke Dropbox anda secara manual.

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Buka folder Dropbox di mana anda ingin menyimpan foto anda.
  3. Tekan ikon + (tambah) di bahagian bawah skrin anda.
  4. Pilih Muat naik foto atau video.
  5. Cari fail yang anda ingin muat naik, dan tekan untuk memilihnya untuk muat naik.
    • Tanda rait menandakan fail itu telah dipilih
  6. Tekan ikon folder, dan pilih di mana anda ingin fail itu ditambah.
  7. Tekan Tetapkan lokasi.
  8. Tekan Muat naik.

Muat naik fail lain daripada storan peranti anda

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Buka folder Dropbox di mana anda ingin menyimpan foto anda.
  3. Tekan ikon + (tambah) di bahagian bawah skrin anda.
  4. Pilih Muat naik fail.
    • Anda boleh pilih fail dari sebarang lokasi dalam memori tempatan peranti anda
  5. Tekan Muat naik (atau Buka pada sesetengah peranti).

Memuat naik fail daripada kad SD luaran

Jika peranti anda mempunyai kad SD, anda boleh muat naik fail ke Dropbox dari sana.

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Buka folder Dropbox di mana anda ingin menyimpan foto anda.
  3. Tekan ikon + (tambah) di bahagian bawah skrin anda.
  4. Pilih Muat naik fail.
  5. Layari ke kad SD anda, dan tekan fail yang anda ingin muat naik.
  6. Tekan Muat naik (atau Buka pada sesetengah peranti).

Jika anda tidak dapat melihat kad SD anda semasa melayari fail untuk dimuat naik:

  1. Tekan butang menu di bahagian atas skrin.
  2. Pilih Tetapan.
  3. Pastikan Tunjuk peranti lanjutan ditanda rait.

iPad

Muat naik foto dan video secara manual

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Tekan ikon + (tambah).
  3. Tekan Muat naik foto.
  4. Cari fail yang anda ingin muat naik, dan tekan untuk memilihnya untuk muat naik.
    • Tanda rait menandakan fail itu telah dipilih
  5. Tekan ikon folder, dan pilih di mana anda ingin fail itu ditambah.
  6. Tekan Tetapkan lokasi.
  7. Tekan Muat naik.

Muat naik atau cipta fail

Untuk memuat naik jenis fail tambahan:

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Tekan ikon + (tambah).
  3. Tekan Cipta atau muat naik fail.
  4. Tekan Muat Naik Fail.

Anda juga boleh pilih untuk mencipta kandungan menggunakan aplikasi Microsoft Office.

Ketahui lebih lanjut tentang mencipta kandungan menggunakan aplikasi Microsoft Office.

Memuat naik jenis fail lain

Anda boleh muat naik jenis fail lain menggunakan mana-mana yang berikut:

  • Menu Buka Dalam iOS di mana sahaja ia muncul di dalam apl lain
  • Melalui Pelanjutan Apl pada iOS 8 dan lebih baru

Contohnya, anda boleh muat naik fail yang dilampirkan kepada e-mel:

  1. Buka apl e-mel anda.
  2. Buka e-mel yang mempunyai lampiran itu.
  3. Tekan nama fail lampiran untuk membuka pratonton fail.
  4. Tekan ikon anak panah yang keluar daripada kotak.
  5. Di dalam menu timbul, anda sepatutnya melihat pilihan Buka dalam Dropbox . Tekan ia untuk membuka fail di dalam Dropbox.
  6. Tekan Simpan.

Banyak apl lain turut menawarkan pilihan Buka dalam juga.

iPhone

Muat naik foto dan video secara manual

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Tekan ikon + (tambah).
  3. Tekan Muat naik foto.
  4. Cari fail yang anda ingin muat naik, dan tekan untuk memilihnya untuk muat naik.
    • Tanda rait menandakan fail itu telah dipilih
  5. Tekan Seterusnya untuk masuk ke skrin Simpan Tetapan . Pilih folder yang mana foto anda akan dimuat naik, atau namakan semula semua foto sekaligus:
    • Untuk menamakan semula semua foto sekaligus, tekan Namakan Semula Semua dan masukkan nama baru untuk foto anda. Kemudian foto itu akan dinomborkan mengikut susunan ia ditambah secara automatik. Anda boleh tekan dan tahan tiga garis mendatar di sebelah kanan imej untuk menyusunnya semula.
    • Tekan Sahkan untuk kembali ke skrin Simpan Tetapan
  6. Tekan Muat naik.

Muat naik atau cipta fail

Untuk memuat naik jenis fail tambahan:

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Tekan ikon + (tambah).
  3. Tekan Cipta atau muat naik fail.
  4. Tekan Muat Naik Fail.

Anda juga boleh pilih untuk mencipta kandungan menggunakan aplikasi Microsoft Office.

Ketahui lebih lanjut tentang mencipta kandungan menggunakan aplikasi Microsoft Office.

Memuat naik jenis fail lain

Anda boleh muat naik jenis fail lain menggunakan mana-mana yang berikut:

  • Menu Buka Dalam iOS di mana sahaja ia muncul di dalam apl lain
  • Melalui Pelanjutan Apl pada iOS 8 dan lebih baru

Contohnya, anda boleh muat naik fail yang dilampirkan kepada e-mel:

  1. Buka apl e-mel anda.
  2. Buka e-mel yang mempunyai lampiran itu.
  3. Tekan nama fail lampiran untuk membuka pratonton fail.
  4. Tekan ikon anak panah yang keluar daripada kotak.
  5. Di dalam menu timbul, anda sepatutnya melihat pilihan Buka dalam Dropbox . Tekan ia untuk membuka fail di dalam Dropbox.
  6. Tekan Simpan.

Banyak apl lain turut menawarkan pilihan Buka dalam juga.

Windows Phone

Memuat naik foto secara manual

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Tekan ikon untuk folder di mana anda ingin fail ditambah.
  3. Tekan ikon muat naik dalam bar apl.
  4. Pilih foto daripada galeri peranti anda.

Perhatian: Apl Dropbox untuk peranti Windows tidak menyokong muat naik video buat masa ini. Ini disebabkan oleh batasan sistem pengendalian.

Muat naik foto daripada galeri peranti anda

  1. Buka apl galeri.
  2. Tekan ikon muat naik dari bawah menu bar apl.
  3. Gambar kenit dari galeri foto telefon anda akan muncul. Tekan foto yang anda ingin muat naik.
  4. Pilih Dropbox.

Untuk menyemak status muat naik untuk fail, cari fail di dalam Dropbox anda dan lihat bar kemajuan di bawah nama fail itu.

Foto kemudiannya akan menyelaras dengan serta merta ke semua komputer dan peranti mudah alih anda. Memuat naik ke folder kongsian membolehkan ahli lain folder itu untuk melihat foto atau video anda.

Tablet Windows

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Contact support