Agensi pengiklanan global terus memacu daya kreatif dengan bantuan Dropbox Business

Hasil Utama Dentsu

Cara lebih pantas untuk menghantar fail kepada rakan sekerja dan klien

Alternatif kos efektif berbanding penghantaran fail melalui pos

Perkongsian fail selamat bersama klien di seluruh dunia

Cabaran

Ditanda tangan, disampul, dan dihantar – dengan kos

Dalam dunia pengiklanan yang bergerak pantas, masa terluang jarang dinikmati. Tarikh akhir harus dikejar — walaupun semasa iklan dan strategi memerlukan kelulusan dalam zon masa yang berbeza-beza. Untuk Dentsu, ini dahulunya bermakna lebih tekanan serta penghantaran dan tuntutan kurier yang terburu-buru. Sebilangan fail yang dicipta dan dikongsi Dentsu — bagi projek seperti papan iklan dan iklan TV — bersaiz beratus-ratus megabait. Tetapi oleh kerana pelayan e-mel syarikat Dentsu mempunyai paramater saiz fail tertentu, pekerja terpaksa bergantung pada DVD untuk menghantar hasil kreatif kepada klien dan rakan sekerja di negara lain. Kaedah penghantaran DVD bukan sahaja memerlukan Dentsu untuk menghabiskan masa dalam menyediakan sampul surat dan pakej, ia memakan jadual perkembangan projek, memaksa pekerja untuk menggegaskan projek iklan. Di samping itu, syarikat ini membayar kos penghantaran yang besar setiap bulan. Apabila semakin jelas bahawa kos penghantaran DVD sangat mahal dan perlu dielakkan, Dentsu mula meneroka pilihan lain. Dropbox Business menawarkan penyelesaian yang bukan sahaja pantas, boleh diharapkan, dan berpatutan — ia berkesan di negara-negara yang menghadapi cabaran perkongsian fail. Penyelia Akaun Dentsu, Ai Ando berkata, “Pasaran antarabangsa sangat penting bagi kami dan kami kerap perlu menghantar data ke luar negara. Kami tahu Dropbox Business selamat dan cukup boleh diharapkan untuk digunakan di negara-negara lain.”

“Dua tahun yang lalu, invois kurier untuk semua penghantaran yang kami lakukan sepanjang tempoh empat bulan adalah beratus-ratus ribu yen. Dengan Dropbox Business, kos ini dikurangkan secara mendadak.”

Ai Ando, Penyelia Akaun, Dentsu

Penyelesaian

Pendekatan baru kepada perniagaan global

Dengan perkongsian fail dan aliran kerja ditransformasikan oleh Dropbox Business, jabatan-jabatan Dentsu seperti pasukan akaun global boleh bertukar-tukar maklumat dengan klien dan vendor lebih pantas berbanding sebelum ini, tidak kira betapa besar saiz fail. “Kami kerap melakukan sesi penggambaran dan perlu menghantar 20-30 fail resolusi tinggi kepada klien — setiap satunya bersaiz 200-300 MB,” tambah Ando. “Dropbox Business memudahkan kami menguruskan data yang besar dan berat setiap hari. Kami hanya perlu menghantar pautan kepada klien kami, dan mereka boleh terus dapatkan fail yang mereka perlukan.” Pekerja Dentsu kagum bahawa Dropbox tidak menghendaki klien untuk memuat turun data untuk menyemak konsep, aset, dan video. Oleh kerana Dropbox Business sangat mudah diakses dari web, segala-galanya daripada iklan cetak kepada komersial boleh dilihat dalam talian. Seperti yang dijelaskan Ando, “Ini hebat kerana pelanggan boleh melihat iklan dan komersial di dalam Dropbox Business tanpa memuat turun fail. Mereka boleh menilai kandungan dengan pantas, dan berikan kelulusan muktamad mereka walaupun mereka sedang dalam perjalanan.” Selain daripada kemudahan, kakitangan Dentsu – terutamanya pasukan IT – menghargai bahawa data disimpan dengan selamat dengan Dropbox Business. “Keselamatan satu keutamaan pasukan IT kami kerana kami mengendalikan data yang sangat sulit, dan Dropbox Business telah terbukti memenuhi keperluan kami," kata Ando.

“Jika anda berulang-alik ke tempat kerja, anda boleh membuka fail kerja dengan pantas daripada akaun Dropbox Business anda. Saya kerap menyemak projek menggunakan aplikasi mudah alih Dropbox Business dan menghantar pautan kepada rakan sekerja sebelum saya sampai ke pejabat.”

Ai Ando, Penyelia Akaun, Dentsu

Hasil

Mengurangkan kos, meningkatkan produktiviti

Dengan menggunakan Dropbox Business, Dentsu telah meningkatkan kecekapan dengan besar – dari segi masa dan kos. Tiada lagi bil penghantaran antarabangsa yang mahal. Menurut Ando, “Dua tahun yang lalu, invois kurier untuk semua penghantaran yang kami lakukan selama tempoh empat bulan berjumlah beratus-ratus ribu yen. Dengan Dropbox Business, kos ini dikurangkan secara mendadak.” Apabila perbelanjaan dikurangkan, produktiviti telah ditingkatkan. Tarikh akhir tidak lagi perlu mengira faktor penghantaran DVD. Kini pekerja mempunyai lebih masa untuk memperhalusi hasil kreatif iklan, dan mereka berupaya untuk mengekalkan tahap produktiviti yang tinggi apabila mereka berada di luar pejabat semasa sesi penggambaran atau bertemu klien. Seperti kata Ando, ”Jika anda berulang-alik ke tempat kerja, anda boleh membuka fail kerja dengan pantas daripada akaun Dropbox Business anda. Saya kerap menyemak projek menggunakan aplikasi mudah alih Dropbox dan menghantar pautan kepada rakan sekerja sebelum saya sampai ke pejabat.” Akses jarak jauh kepada fail projek seperti ini begitu penting dalam industri yang bergerak dalam rentak yang begitu pantas. Dengan Dropbox Business, Dentsu mampu kekal di hadapan dunia pengiklanan, memastikan pelanggan antarabangsa berpuas hati dan berjaya.

Penyelesaian perkongsian dan penyimpanan terbaik untuk perniagaan anda