Bagaimana saya boleh menukar pemilik untuk folder kongsian?

Pencipta folder kongsian adalah pemilik folder secara automatik. Pemilik folder boleh:

  • Buang ahli daripada folder
  • Pilih siapa yang boleh menjemput orang ke folder
  • Pindah pemilikan folder

Bahagian dalam artikel ini:

Cara menukar pemilik untuk folder kongsian

Jika anda pemilik folder kongsian, anda boleh memindahkan pemilikan kepada ahli lain dengan menukar pilihan folder itu di dropbox.com. Sebaik sahaja dipindah milik, pemilik baru akan menjadi satu-satunya orang yang boleh menyahkongsi folder atau membuang ahli.

Perhatian: Anda haruslah menjadi pemilik folder kongsian semasa untuk memindahkan pemilikan.

Pindah pemilikan folder kongsian di dropbox.com

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Fail.
  3. Layari atau cari folder kongsian yang diingini.
  4. Klik Kongsi di sebelah folder kongsian.
  5. Klik anak panah juntai bawah di sebelah kanan nama ahli pasukan yang anda mahu namakan semula.
  6. Pilih Jadikan pemilik dan sahkan pilihan anda.

Pindah pemilikan folder kongsian pada komputer anda

  1. Buka folder Dropbox anda.
  2. Klik kanan atau command-klik folder kongsian itu.
  3. Pilih Kongsi…
  4. Di sebelah nama ahli, klik menu pilihan dan pilih Jadikan pemilik.
  5. Klik Kongsi.

Saya perlu tahu siapa pemilik folder kongsian

Anda boleh mengetahui pemilik folder dalam pilihan folder:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Fail.
  3. Layari atau cari folder kongsian yang diingini.
  4. Klik Kongsi di sebelah folder yang anda mahu.
  5. Tetingkap timbul akan menunjukkan semua ahli folder konsian. Pemilik akan mempunyai “Pemilik” di sebelah nama mereka.

Perhatian: Jika anda tidak nampak pemilik disenaraikan, itu bermakna bahawa folder itu dimiliki oleh pentadbir pasukan ataupun ahli di luar pasukan anda.

Sila hubungi pentadbir pasukan untuk memeriksa folder itu dalam pengurus kandungan, yang akan menandakan bahawa ia dimiliki oleh pentadbir pasukan.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan