{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Folder Awam

Perubahan penting terhadap folder awam Dropbox

Mulai 1 September 2017, pautan awam telah dilumpuhkan untuk semua pengguna. Lihat di bawah untuk maklumat lanjut.

Pengguna Dropbox Basic (percuma)

Mulai 15 Mac 2017, folder Awam di dalam akaun Dropbox anda telah ditukar menjadi folder biasa. Secara lalai, folder ini adalah sulit kepada akaun anda. Peralihan ini akan berlaku secara automatik.

Ini apa yang anda perlu tahu:

  • Semua fail di dalam folder Awam anda akan kekal selamat, tetapi pautan awam ke fail-fail itu akan berhenti berfungsi
  • Jika seseorang melayari pautan ke fail di dalam folder Awam anda, mereka akan melihat halaman ralat
  • Untuk melihat senarai pautan awam anda, layari folder Awam—sebarang fail di dalam folder ini akan mempunyai pautan awam yang dikaitkan dengannya sebelum ini
  • Dropbox tidak boleh menukar pautan awam sedia ada menjadi pautan kongsian Dropbox
  • Jika anda ingin berkongsi semula sebarang fail di dalam folder Awam anda, sila gunakan folder kongsian atau pautan kongsian

Menggunakan folder awam untuk memaparkan kandungan HTML

Mulai 3 Oktober 2016, pengguna Dropbox Basic (percuma) tidak lagi boleh menggunakan pautan awam untuk memaparkan kandungan HTML dalam pelayar web. Jika anda pengguna Basic, dan anda mencipta laman web yang memaparkan kandungan HTML secara langsung daripada akaun Dropbox anda, ia tidak lagi akan dipaparkan dalam pelayar. Kandungan HTML itu sendiri akan kekal selamat di dalam Dropbox, dan anda boleh berkongsinya menggunakan mana-mana kaedah perkongsian yang lain.

Berkuat kuasa 1 September 2017, pengguna Dropbox Plus dan Business tidak lagi akan dapat menterjemahkan kandungan HTML, dan folder Awam serta kefungsian perkongsiannya telah dilumpuhkan.

Akaun yang dicipta selepas 4 Oktober 2012

Akaun Dropbox yang dicipta selepas 4 Oktober 2012 tidak akan mempunyai folder Awam. Jika anda ingin berkongsi fail dengan pantas, anda boleh menggunakan pautan kongsian. Pautan kongsian berfungsi walaupun jika orang yang anda berkongsi tidak mempunyai akaun Dropbox.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan