Pengemaskinian tentang cara anda berkongsi dokumen Dropbox Paper

Pada Januari 2017, kami telah mengubah cara keizinan folder berfungsi di dalam Paper. Perubahan ini hanya memberi kesan kepada Dropbox Paper. Ia tidak mengubah fail, folder, atau keizinan di dalam Dropbox.

Apakah yang berubah?

Sebelum ini, jika anda melumpuhkan akses pautan kepada dokumen Paper, maka tiada sesiapa yang akan mempunyai akses kepada dokumen itu. Walaupun jika anda meletakkan dokumen itu di dalam folder, ahli folder itu tidak akan mempunyai akses melainkan anda menjemput dengan jelas.

Sekarang, jika anda menambah dokumen ke folder Paper, semua ahli akan mempunyai akses kepada dokumen itu secara automatik. Pilihan Tetapan juga berbeza:


Pilihan tetapan perkongsian Paper

Bagaimana saya boleh mengemas kini akses kepada dokumen di dalam folder Paper saya?

Perubahan ini tidak menjejaskan dokumen Paper sedia ada di dalam folder kongsian Paper. Dokumen yang belum dikongsi dan sulit akan terus begitu, dan tiada sesiapa akan mempunyai akses tanpa izin anda.

Kami juga akan membantu anda mengurus atau mengalihkan dokumen apabila anda mendaftar masuk ke Paper. Anda akan melihat sepanduk pada setiap dokumen yang terjejas, yang meminta anda untuk memilih antara dua pilihan:

  • Buang dokumen daripada folder
  • Benarkan semua ahli folder untuk mengakses dokumen
Keizinan akses folder Paper

Bagaimanakah saya berkongsi folder Paper?

  1. Di dalam folder Paper, klik butang Kongsi.
  2. Taipkan alamat e-mel orang yang anda ingin berkongsi.
  3. Klik butang Jemput.

Artikel-artikel berkaitan tentang keizinan dokumen dan folder di dalam Dropbox Paper:

Perkongsian lalai dan keizinan akses untuk dokumen Dropbox Paper

Kongsi dokumen Dropbox Paper, dan laraskan keizinan aksesnya

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu