Bagaimanakah cara menyelaraskan fail-fail antara komputer?

Dengan Dropbox, anda boleh mengakses versi fail yang sama pada sebarang komputer, telefon, atau tablet yang anda telah pautkan ke akaun anda. Kami memanggilnya ”penyelarasan,” dan ini merupakan fungsi teras Dropbox. Dengan penyelarasan, versi fail terbaru akan sentiasa tersedia pada semua peranti anda.

Anda boleh menyelaraskan fail dalam tiga langkah pantas:

  1. Muat turun aplikasi Dropbox pada komputer anda dan pada telefon atau tablet anda.
  2. Daftar masuk ke setiap peranti tersebut dengan alamat e-mel dan kata laluan yang sama.
  3. Tambah fail daripada sebarang peranti ke aplikasi Dropbox atau ke dropbox.com.

Jika anda sudah memasang Dropbox, hanya tambahkan fail ke folder Dropbox untuk menyelaraskan fail secara automatik ke Dropbox. Jika anda sedang menyelaraskan akaun anda buat kali pertama, ini boleh mengambil beberapa minit untuk selesai. Setelah proses ini selesai, anda akan menemui fail anda dalam aplikasi Dropbox pada setiap peranti yang bersambung ke akaun anda.

Perkara penting untuk diketahui tentang penyelarasan

Gunakan akaun Dropbox yang sama pada semua peranti anda

Semasa memasang Dropbox, anda akan diminta untuk mendaftar masuk ataupun mencipta akaun baru. Anda hanya perlukan satu akaun tidak kira berapa banyak peranti yang ingin diselaraskan. Untuk fail menyelaras, anda mesti mendaftar masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang sama pada setiap peranti yang anda ingin pautkan ke akaun Dropbox anda.

Folder "Dropbox" pada pemacu keras komputer anda

Jika anda memasang Dropbox pada komputer, anda akan nampak folder Dropbox pada pemacu keras anda. Folder ini berfungsi sama seperti mana-mana folder lain pada komputer anda, tetapi dengan satu perbezaan penting: fail di dalam folder ini akan menyelaras ke Dropbox, dan fail-fail dalam Dropbox boleh diakses menerusi folder ini.

Tiada muat naik atau muat turun manual diperlukan

Perkhidmatan Dropbox akan memantau folder Dropbox pada komputer anda dan aplikasi mudah alih Dropbox. Jika terdapat perubahan—fail atau folder baru, ataupun suntingan terhadap fail atau folder sedia ada—Dropbox akan menyelaras perubahan tersebut secara automatik. Tiada muat naik atau muat turun manual diperlukan. Ini bermakna bahawa penyelarasan akan berlaku secara automatik, selagi anda mempunyai sambungan internet yang aktif, anda memasangkan aplikasi desktop Dropbox, dan anda mendaftar masuk.

Jika anda berada di luar talian, fail akan diselaraskan sebaik sahaja peranti berada dalam talian

Komputer, telefon, dan tablet yang tidak bersambung ke internet tidak akan diselaraskan ke Dropbox. Bagaimanapun, peranti yang berada di luar talian akan menerima perubahan fail dari Dropbox secara automatik sebaik sahaja ia berada dalam talian. Dan perubahan fail yang dibuat pada peranti luar talian akan diselaras kembali ke Dropbox sebaik sahaja peranti itu berada dalam talian.

Dan jangan bimbang tentang menutup Dropbox semasa penyelarasan sedang berjalan. Ia akan menyambung di mana ia berhenti sebaik sahaja Dropbox berjalan semula.

Dropbox akan menyelaras mengikut turutan saiz fail

Dropbox akan mengutamakan penyelarasan (atau muat naik) mengikut saiz fail, bermula dengan folder dan fail yang paling kecil di dalamnya. Dengan cara ini, anda tidak perlu bimbang tentang fail anda yang lebih kecil tersangkut di belakang fail yang besar semasa menyelaras.

Dropbox tidak boleh menyelaras fail yang terletak di luar folder Dropbox

Dropbox hanya boleh menyelaraskan fail yang terletak di dalam folder Dropbox, ataupun dalam aplikasi mudah alih Dropbox. Selepas mengalihkan fail atau folder ke dalam Dropbox, anda boleh mencipta pintasan di lokasi asalnya untuk mengakses fail itu dari sana. Bagaimanapun, ini tidak akan berkesan sebaliknya. Mencipta pintasan di dalam folder Dropbox anda untuk mengakses fail di lokasi asalnya tidak disokong oleh Dropbox.

Menyelaraskan melalui Wi-Fi dan rangkaian selular

Aplikasi mudah alih akan menyelaras berdasarkan jenis rangkaian yang bersambung ke telefon atau tablet anda.

Pada rangkaian Wi-Fi:

  • Aplikasi mudah alih akan memuat turun kemas kini secara automatik apabila anda melancarkan aplikasi, membuka fail, dan membuka tab Fail luar talian
  • Muat naik kamera akan bermula atau bersambung apabila anda melancarkan aplikasi

Pada rangkaian selular:

  • Hanya muat turun akan mengemas kini secara automatik
  • Pada peranti Android, fail luar talian akan memaparkan ikon amaran jika ia telah diubah suai semasa anda berada di luar talian. Fail-fail ini kemudian perlu diselaraskan secara manual. Untuk menyelaraskan versi terkini, tekan Kemas kini semua dalam tab Fail luar talian
  • Muat naik kamera tidak akan bermula atau menyambung secara automatik melainkan pilihan Gunakan Data Selular ditetapkan kepada Hidup

Jika anda perlukan fail anda semasa rangkaian tidak tersedia, sediakan fail penting anda di luar talian.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Bantuan berpandu

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Bantuan berpandu

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan