Cara menyelaraskan Dropbox ke komputer atau telefon anda

Dikemas kini Jan 15, 2024

Artikel ini merupakan pengenalan asas tentang cara Dropbox menyelaraskan fail anda. Pengenalan yang menerangkan cara anda boleh menyimpan fail dalam Dropbox dan menyelaraskan fail tersebut antara peranti-peranti anda. 
 

Setelah anda menyelaraskan fail anda dengan Dropbox, anda boleh mengakses dan menguruskan fail tersebut di mana-mana sahaja anda menggunakan Dropbox. Ini termasuklah:

  • Pada komputer anda, melalui apl desktop Dropbox
  • Pada telefon mudah alih atau tablet anda, melalui apl mudah alih Dropbox
  • Pada mana-mana peranti yang mempunyai pelayar web, melalui dropbox.com
     

Adakah Dropbox mengemas kini fail secara automatik?

Apabila anda menyelaraskan fail dengan Dropbox, fail tersebut dikemas kini di mana-mana sahaja anda menggunakan Dropbox. Ini bermakna, jika anda menambah atau membuat perubahan kepada fail dari satu peranti, fail itu akan dikemas kini secara automatik di tempat lain.

Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox menjadikan penyelarasan fail mudah.

Cara untuk mula menyelaraskan fail anda dengan Dropbox

Anda boleh mula menyelaraskan semua fail anda pada semua peranti anda dengan pelan percuma Dropbox Basic. Pelan ini disertakan dengan hingga 2 GB ruang simpanan dan tiada had masa.

Anda boleh menaik taraf kepada pelan berbayar dengan lebih banyak ruang simpanan atau ciri tambahan pada bila-bila masa.

Untuk bermula:

  1. Cipta akaun di dropbox.com/register.
    • Anda boleh mencipta akaun Dropbox Basic percuma dengan 2 GB simpanan. Atau akaun berbayar yang akan memberi anda ruang simpanan tambahan dan lebih banyak ciri.
  2. Muat turun dan pasang apl desktop Dropbox untuk komputer anda dan apl mudah alih Dropbox untuk telefon atau tablet anda.
  3. Log masuk dengan e-mel dan kata laluan anda.
  4. Daripada komputer riba, komputer, tablet atau peranti mudah alih anda, anda boleh:

Soalan Lazim tentang penyelarasan fail

Bolehkah saya menggunakan penyelarasan Dropbox untuk mengalihkan fail saya ke komputer baru?

Setelah anda mengikuti langkah-langkah di atas untuk bermula, fail anda akan diselaraskan ke Dropbox, jadi anda tidak perlu mengalihkan atau memindahkannya secara manual di antara komputer atau peranti lagi. Anda boleh mengakses fail itu daripada sebarang peranti melalui dropbox.com atau apl desktop dan mudah alih Dropbox. 
 

Jika anda mahu fail anda disimpan pada pemacu keras sebuah komputer (atau pemacu keras pada pelbagai komputer), dan juga di dalam akaun dalam talian Dropbox anda, anda boleh memilih untuk berbuat demikian apabila anda memuat turun aplikasi desktop Dropbox. Apabila diminta, pilih Tersedia di luar talian dan bukannya Dalam talian sahaja.
 

Perhatian: Pelarasan LAN tidak disokong buat masa ini pada komputer yang menjalankan Dropbox untuk macOS pada Pembekal Fail. Ketahui lagi tentang cara membolehkan pelarasan LAN dalam Dropbox.

Apakah perbezaan antara fail yang tersedia di luar talian dan dalam talian sahaja?

Fail dan folder yang tersedia di luar talian, yang merupakan tetapan lalai, boleh diakses apabila tidak disambungkan ke Internet. Fail dan folder tersebut memakan ruang pada pemacu keras komputer anda dan dalam akaun Dropbox anda. Jika anda menetapkan fail anda kepada dalam talian sahaja, fail masih akan muncul dalam folder Dropbox pada komputer anda. Walau bagaimanapun, anda hanya boleh membuka fail tersebut apabila bersambung ke Internet. 

 

Perhatian: Apabila anda membuka fail dalam folder Dropbox daripada komputer anda, fail tersebut akan dimuat turun ke komputer anda secara automatik.

Apakah perbezaan antara menyelaraskan fail dan menyandarkan fail?

Menyandarkan dan menyelaraskan fail ialah tindakan yang serupa, tetapi tujuannya berbeza.
 

Menyandarkan fail daripada komputer atau pemacu luaran anda ke Dropbox akan mencipta salinan yang selamat sekiranya masalah berlaku. Fail yang disandarkan tidak bertujuan untuk dikongsi. Perubahan yang anda buat pada fail yang telah disandarkan dalam Dropbox tidak akan dikemas kini pada komputer atau pemacu keras anda.
 

Menyelaraskan fail ke Dropbox akan menjadikan fail tersebut tersedia untuk disunting dan dikongsi di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa anda menggunakan Dropbox—menggunakan peranti mudah alih anda semasa di luar, di pejabat atau dari jauh pada komputer riba peribadi anda. Setiap kali anda membuat perubahan pada fail yang telah diselaraskan, perubahan tersebut akan diselaraskan dalam Dropbox di mana-mana sahaja.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan