Festival ini menggunakan Dropbox Business untuk memperkemaskan proses pemilihan hasil kerja terbaik tahunan dalam perfileman bebas dan menganjurkan salah satu festival filem yang termasyhur di dunia.

Hasil Utama Sundance Film Festival

Peningkatan kerjasama di kalangan pekerja, pembikin filem, dan media

Penjimatan masa ketara dalam memproses penyertaan filem

Keselamatan lebih ketat bagi filem yang tidak pernah ditayangkan

Cabaran

Berganjak daripada DVD kepada digital

Quentin Tarantino, Steven Soderbergh, dan Darren Aronofsky hanyalah beberapa nama daripada puluhan pengarah terkenal yang mendapat kejayaan terulung mereka di Sundance Film Festival. Dianjurkan oleh Sundance Institute yang diasaskan oleh Robert Redford, Sundance Film Festival mempunyai satu proses mencungkil bakat baru yang layak dijadikan filem. Sebelum 50,000 peminat filem bertumpu di Park City, Utah setiap tahun pada bulan Januari, pengatur cara Festival perlu menapis 12,600 penyertaan menjadi 200 pemenang anugerah dalam hanya beberapa bulan. Teknologi bukan selalunya hero dalam cerita ini. Pengatur cara akan menghantar hamparan Excel yang mengandungi maklumat terkini mengenai penyertaan filem sebagai lampiran e-mel, yang kadang-kala menyebabkan kekeliruan tentang versi terbaru. Pengatur cara Festival menghantar filem ke merata-rata tempat menggunakan DVD dan pemacu pena — kedua-duanya bukan cara yang selamat untuk berkongsi filem yang belum pernah ditayangkan. “Kami tidak tahu sama ada pengatur cara mendapat filem yang betul pada masanya, atau jika ia dihantar ke tempat yang salah,” kata Adam Montgomery, Pengurus Kanan Penganjuran. Pengatur cara Festival mula menggunakan akaun Dropbox peribadi mereka untuk melakukan kerja, menjadikan peralihan kepada Dropbox Business satu penyelesaian yang mudah untuk Festival. “Sekarang kami ada alat yang pengguna tahu dan suka, kami boleh mula mengubah cara orang bekerja,” kata Justin Simmons, Pengarah IT.

Penyelesaian

Menulis skrip baru untuk kerjasama

Hari ini, pengatur cara Festival bekerjasama menggunakan folder kongsian Dropbox. Perkhidmatan ini memudahkan juri menonton 25 filem yang harus disaring oleh mereka setiap minggu, kerana satu integrasi akan memuatkan setiap video yang dikongsi melalui Dropbox ke dalam pemain video Vimeo secara automatik. Menyimpan fail Excel yang mengandungi status saringan di dalam folder kongsian membolehkan beberapa pengguna untuk menyuntingnya dan menambah maklum balas, memastikan semua orang sedang mengerjakan versi terkini. “Saya sentiasa tahu bahawa maklumat dalam dokumen itu akan dikemas kini pada masa nyata,” kata Montgomery. Dengan ciri pratonton video, pengatur cara boleh mengesahkan mereka telah menerima fail yang betul dengan pantas sebelum mereka mula memuat turun filem. Setelah filem dipilih sebagai peserta akhir, pasukan pengaturcaraan dan tayangan boleh mengumpul klip daripada pengarah untuk ditayangkan di Festival dengan mudah. “Kami akan menghubungi pembikin filem atau ahli panel menerusi permintaan fail Dropbox, dan mereka akan menyerahkan versi yang disunting ke dalam folder yang betul,” kata Holden Payne, Pengarah Teknikal Tayangan dan Penerbitan. Semasa Festival berlangsung, berkongsi pautan Dropbox dengan kit media dan aset lain membebaskan kakitangan yang sibuk daripada menge-mel fail kepada setiap wartawan. “Memastikan data selamat satu keutamaan, kerana Festival berurusan dengan kerja yang perlu dirahsiakan sebelum tayangan rasmi,” kata Montgomery. Menggunakan Dropbox, kakitangan Festival boleh memberi akses folder hanya kepada pengatur cara yang dikehendaki. “Ia sangat mudah untuk mengubah keizinan atau menetapkannya semula bila-bila masa kami perlu,” kata Montgomery.

Hasil

Memberi tumpuan kepada filem

Penyelesaian ini telah membolehkan kakitangan Festival untuk menghabiskan lebih masa dalam menayangkan filem asal, seperti pemenang Oscar filem Boyhood dan Whiplash, dan kurang masa dalam mengendalikan logistik. “Saya berurusan dengan beribu-ribu fail yang bersaiz dua hingga empat gigabait,” kata Montgomery. "Dropbox Business telah membolehkan kami menghantar data itu dengan pantas, berkesan, dan boleh diharapkan. Secara jujurnya, saya tidak pasti bagaimana kami melakukannya sebelum ini.” Rangkaian kolaborator luar Festival ini, yang termasuk 12,000 pembikin filem, sudah pun biasa dengan penyelesaian ini — satu kelebihan besar apabila bekerja dengan begitu ramai orang. “Jarang sekali seseorang menyebut perkhidmatan lain selain daripada Dropbox,” kata Montgomery. “Ia cara de facto dalam komuniti yang berkongsi data.” Dengan produktiviti meningkat, ”kami boleh fokus pada menganjurkan program filem bebas sebaik yang boleh,” kata Montgomery.

Selaraskan pasukan anda