Langkau ke kandungan utama

Sandaran fail awan yang selamat dan mudah

Bertenang—kami jaga untuk anda. Pastikan semua fail anda disimpan dengan selamat, terkini dan dapat diakses daripada mana-mana peranti.

Ilustrasi seseorang sedang membuka vault bank
Penilaian 4.4. bintang Dropbox, dengan gaya lambang G2

Dropbox dinilai tinggi di seluruh dunia, dengan lebih 700 juta pengguna berdaftar

Cari pelan Dropbox untuk anda

Pilih kitaran bil anda
Nilai hebat

Untuk kegunaan peribadi

Plus

USD9.99 / bulan
  • Untuk 1 orang
  • 2 TB storan
  • 30 hari untuk memulihkan fail terhapus
  • Penghantaran fail hingga 50 GB

Untuk para profesional

Professional

USD16.58 / bulan
  • Untuk 1 orang
  • 3 TB storan
  • Penyuntingan PDF
  • Kata laluan melindungi fail

Untuk pasukan

Standard

USD15 / pengguna / bulan
  • Untuk 3 orang atau lebih
  • 5 TB storan untuk pasukan
  • Dapatkan folder pasukan untuk organisasi

Untuk syarikat

Advanced

USD24 / pengguna / bulan
  • Untuk 3 orang atau lebih

Pelan Dropbox menawarkan alat yang berkuasa untuk memudahkan dan mengatur dunia digital anda

Ikon kongsi

Simpan, selaras dan kongsi fail anda

Dengan pilihan penyimpanan awan bersaiz terabait, anda akan mendapat ruang yang diperlukan untuk menyimpan kandungan anda - foto, fail peribadi dan juga kata laluan - di satu tempat yang selamat.

Ikon Tandatangan

Tandatangani dokumen penting

Sediakan, edit PDF, hantar dan eTandatangani kontrak anda yang paling penting dengan mudah - semuanya di satu tempat.

Ikon penyerlah

Selesaikan tugasan dengan cepat dan mudah

Anjurkan semakan maya secara langsung untuk projek video, audio, PDF atau imej anda dengan Dropbox Replay.

Ikon perisai

Pastikan fail anda selamat

Fail anda sentiasa disulitkan secara lalai. Ciri sandaran, pemulihan dan penghapusan jarak jauh akan memastikan kandungan anda dilindungi pada setiap masa dan pada mana-mana peranti.

Dipercayai oleh syarikat terbesar di dunia

Logo Figma
Logo Greenhouse
Logo Hydro Flask
Logo Festival Filem Sundance
Logo Calm
Logo Figma
Logo Greenhouse
Logo Hydro Flask
Logo Festival Filem Sundance
Logo Calm

Backup mana-mana fail—di mana sahaja, bila-bila masa

Sama ada anda cuba menyandarkan koleksi imej, video yang besar, atau fail CAD mahupun seluruh folder, anda boleh menyimpan semua fail penting anda dengan selamat dalam akaun Dropbox anda. Dengan akses kepada fail Dropbox daripada mana-mana peranti, sistem operasi atau pelantar, anda boleh bekerja dan bekerjasama dalam projek dengan mudah.

Tiada sambungan Internet? Tiada masalah. Dengan Dropbox, anda boleh mengerjakan fail ketika berada di luar talian, daripada komputer desktop anda, Android, iPhone, atau iPad. Sebaik sahaja anda kembali dalam talian, fail dan folder anda akan diselaraskan dengan sebarang pengeditan yang anda buat ketika anda tidak bersambung.

Seorang wanita memandang telefon mudah alihnya sambil memegang kamera pada pelantar

Lihatlah testimonial pelanggan kami

Lambang 5 bintang untuk G2

Rahul S, Pembantu Pengurus

“Antara muka pada Android dan iPhone amat mesra pengguna. Dropbox ialah pilihan paling sesuai untuk menghantar gambar dan dokumen dengan mudah.”

Lambang G2 yang menunjukkan 5 bintang

Max G, Pakar Media

“Saya menyukai ciri perkongsian pautan cepat melalui Gmail dan perkhidmatan e-mel lain. Saya sentiasa menghantar pautan Dropbox untuk foto dan video setelah menyelesaikan kerja untuk majlis perkahwinan atau acara lain untuk klien.”

Lambang G2 yang menunjukkan 5 bintang

Katy B, Penerbit Video

“Saya amat menghargai Dropbox Replay. Selaku pengurus penerbitan video, alat ini membolehkan saya menghantar nota kepada editor saya dan bekerjasama dalam projek aktif dengan mudah. Tidak perlu menggunakan alat pihak ketiga daripada tempat lain.”

Lambang G2 yang menunjukkan 5 bintang

Connie S, Guru

“Prestasi Dropbox boleh dipercayai, dengan masa tergendala yang minimum serta penyelarasan fail yang cekap. Kelajuan muat naik dan muat turun menakjubkan, yang menjadikan Dropbox alat yang sesuai untuk mengendalikan fail besar.”

2 bulan percuma apabila dibilkan secara tahunan

Mulakan sandaran fail anda dengan selamat secara percuma dalam beberapa minit sahaja

Dapatkan jaminan tambahan

Kehilangan gambar keluarga yang berharga atau menghapuskan fail kerja secara tidak sengaja boleh memberikan tekanan, seperti semasa telefon anda hilang atau pemacu keras luaran anda berhenti berfungsi. Kemalangan berlaku, tetapi perkhidmatan sandaran awan daripada Dropbox membantu anda memulihkan fail yang hilang dengan lebih mudah. Apabila anda mengalihkan atau menghapuskan fail dalam folder Dropbox anda atau di web, kami akan mengesahkan bahawa itu tindakan yang ingin anda ambil. Ini memastikan agar peluang untuk kehilangan data tanpa sengaja boleh dikurangkan. Anda boleh menyediakan folder utama seperti Desktop, Dokumen dan Muat Turun untuk disandarkan dan diselaraskan secara automatik. Anda boleh bertenang kerana mengetahui yang semua fail penting anda selamat dalam penyimpanan awan dan disandarkan beberapa kali.

Senarai folder dan fail daripada Mac yang telah disimpan dalam Dropbox Backup

Pulihkan fail anda

Jika fail anda secara tidak sengaja terpadam, hilang, atau dikemas kini terlalu awal, tiada apa yang perlu dirisaukan. Dengan pemulihan fail dan versi sejarah, anda boleh memulihkan semula fail yang terpadam atau versi terdahulu kerja tanpa terlepas apa pun.

Dropbox memastikan semua fail anda, termasuk versi terdahulu, disandarkan sehingga 180 hari secara lalai.

 

Pengguna memilih fail .zip untuk dipulihkan daripada Dropbox Backup

Soalan lazim

Sandaran fail ialah pendua salinan data anda yang boleh digunakan untuk memulihkan fail anda atau pun seluruh pemacu keras selepas kejadian kehilangan data. Sandaran awan sama dengan sandaran fail anda, cuma sandaran ini disimpan dalam talian, dalam rangkaian pelayan tapak luar yang dikendalikan oleh pembekal simpanan awan. 

Secara ringkasnya, sandaran data dalam talian penting kerana data tiada ganti. Sama ada dokumen sensitif, kerja atau foto dan video keluarga, penting untuk anda bergantung pada perkhidmatan sandaran dalam talian agar salinan pendua bagi fail-fail yang berharga ini sentiasa ada. Kemudian, jika kemalangan berlaku, anda boleh memulihkan fail anda dengan mudah tanpa sebarang kehilangan data.

 

Dengan Dropbox sebagai penyelesaian sandaran, mudah untuk anda menyimpan fail ke awan daripada menggunakan pemacu keras luaran, pemacu denyar atau sebarang peranti simpanan jauh yang lain. Sebaik sahaja anda memuat turun apl Dropbox di komputer anda, anda hanya perlu menyeret dan melepaskan fail yang ingin disandarkan dalam folder Dropbox pada desktop anda. Anda juga boleh menyandarkan komputer anda di dropbox.com dengan memuat naik fail atau folder yang ingin disimpan ke awan.

Sandaran komputer terpakai kepada seluruh folder pada PC atau Mac anda. Apabila anda mendayakan sandaran komputer, fail yang disimpan dalam folder seperti Desktop, Dokumen dan Muat Turun diselaraskan secara automatik dan berterusan kepada akaun Dropbox anda agar anda tidak perlu menyeret folder secara manual.

Mudah sahaja untuk backup fail daripada telefon anda ke awan menggunakan apl mudah alih Dropbox. Sebaik sahaja anda memuat turun apl mudah alih Dropbox ke telefon atau tablet anda, anda boleh mencipta atau memuat naik fail yang ingin anda backup secara terus ke Dropbox. Selain itu, mana-mana fail yang dimuat naik diselaras dengan Dropbox di komputer anda dan peranti bersambung yang lain.

Dropbox boleh memuat naik dan menyandarkan foto anda secara automatik ke awan dengan menyalin foto daripada peranti mudah alih atau kamera anda ke folder Dropbox anda. Dengan ciri muat naik kamera didayakan, sebarang foto atau video yang anda ambil dengan peranti mudah alih anda akan disandarkan ke akaun Dropbox anda (pengguna Dropbox Basic perlu memasang apl desktop). Anda juga boleh menyandarkan foto sedia ada anda ke awan dengan memuat naik foto ke akaun Dropbox anda.

Lebih banyak ciri

Penyimpanan awan

Simpan semua fail anda dengan selamat menggunakan penyimpanan awan dalam talian yang berkuasa

Terokai penyimpanan awan

Pemulihan fail

Pulihkan fail hilang, suntingan secara tidak sengaja atau kerja yang terhapus

Terokai pemulihan fail

Apl pengimbas dokumen

Beban kerja bagi kertas kerja diringankan dengan apl pengimbas dokumen

Teroka imbasan dokumen

Sandaran komputer

Urus sandaran Mac dan PC—secara automatik

Teroka sandaran komputer