Langkau ke kandungan utama

Suntingan masa nyata untuk pasukan

Dropbox Paper lebih daripada sekadar dokumen—ia satu alat penyuntingan bersama yang menyatukan penciptaan dan penyelarasan di satu tempat. Dropbox Paper adalah percuma dengan sebarang akaun Dropbox.

Dua pengguna komen pada papan mood untuk reka bentuk semula rumah dalam Dropbox Paper

Apa yang boleh anda lakukan dengan Paper?

Cipta lebih baik, bersama-sama

Kerjasama masa nyata. Edit, format dan komen pada dokumen dengan lancar bersama pasukan anda.

Pastikan semua orang teratur. Memberikan tugasan, menambah tarikh akhir dan menyebut orang—terus dari dalam dokumen.

Seorang pengguna meninggalkan maklum balas untuk imej fabrik dalam jadual
Anda bekerja menggunakan lebih daripada sekadar perkataan—begitu juga Paper

Papar (dan main) hampir apa-apa sahaja. Benamkan video Youtube, GIF, papan Pinterest, Peta Google, klip SoundCloud, Figma, Invision, dan banyak lagi ke dalam dokumen anda.

Tawan inspirasi pada telefon atau tablet anda. Catat idea, menangkap foto, atau memberi maklum balas tentang kerja apabila datangnya ilham.

Seorang pengguna komen pada video YouTube terbenam dan pelbagai imej untuk reka bentuk semula ruang tamu
Biar Paper buat kerja leceh anda

Direka bentuk dengan baik, secara sengaja. Pemformatan ringkas dan reka bentuk yang kemas bermakna anda boleh mencipta kerja yang cantik―tanpa menghabiskan masa berjam-jam.

Tukar dokumen menjadi pembentangan. Tukar dokumen anda menjadi pembentangan yang tampak profesional secara automatik.

Seorang pengguna membentangkan reka bentuk semula ruang tamu mereka dalam Dropbox Paper

Mulakan dengan templat Paper

Selaraskan pasukan anda. Simpan segala-gala yang berkaitan dengan mesyuarat anda di satu tempat—dokumen latar belakang, agenda, minit mesyuarat, tindakan lanjut, dan penyerahan tugas.

Templat nota mesyuarat

Kekal di hadapan tugasan penting dan tarikh akhir. Selaraskan pasukan bersilang fungsi dengan menetapkan batu penanda, menyerahkan tugasan, dan menguruskan kelulusan di mana semua orang boleh menemuinya.

Templat pelancaran produk

Satukan semua idea dan visual pasukan anda. Kumpul inspirasi dari aplikasi seperti Pinterest dan YouTube, bertukar-tukar idea pada masa nyata, dan dapatkan maklum balas.

Templat percambahan idea

Cipta satu sumber pusat yang tulen untuk pasukan anda. Kumpul syarat keperluan, tambah cebisan kod dan reka bentuk, serta dapatkan pendapat daripada pihak berkepentingan di tempat semua orang boleh terlibat.

Templat spesifikasi produk

Tiada lagi fail berselerak dan rantai e-mel dengan klien yang berjela. Catat maklumat projek, kongsi serahan kerja, dan kumpul maklum balas bersasar dalam satu dokumen yang dikongsi.

Templat ringkasan kreatif

Perkara yang pelanggan katakan tentang Paper