Skip to main content

Produk Dropbox

Produk dan ciri Dropbox membantu pelanggan mempermudah kerja mereka, menskalakan produktiviti dan menyampaikan pengalaman dengan sentuhan diperibadikan—semuanya dengan perlindungan keselamatan yang terbaik.

Hantar dan jejaki dokumen dengan Dropbox

Dropbox berkongsi, menyelaras dan menyusun kandungan

Selesaikan kerja pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan pada mana-mana peranti. Dropbox memudahkan cara pasukan anda menyimpan, mencari, mengakses dan berkongsi setiap projek dan fail dengan selamat.

Dropbox Dash (beta)

Cari kandungan merentas semua saluran dengan cepat, termasuk apl, e-mel dan banyak lagi. Tingkatkan kecekapan dan kekalkan fokus dengan Dropbox Dash, iaitu alat carian dikuasakan AI anda.

Alat yang mengurangkan kerja

Replay

Beralih daripada maklum balas kepada versi akhir dalam masa yang singkat dengan mengurus projek video, imej dan audio dalam Dropbox. Kurangkan keadaan kelam-kabut dengan maklum balas dan tandaan yang tepat pada bingkainya, terus pada fail projek.

DocSend

Kongsi dokumen anda dengan selamat dengan sesiapa sahaja—tidak kira sama ada mereka mempunyai akaun atau tidak—dan dapatkan kawalan akses awal dan analisis pelihat masa nyata

Backup

Sandarkan fail penting secara automatik pada semua peranti anda—seperti foto, video dan dokumen—dan pulihkan kandungan dengan cepat sekiranya diubah atau dihapuskan secara tidak sengaja.

Sign

Tandatangani kontrak, perjanjian dengan klien baru atau kontrak kerja pekerja baru dengan eTandatangan yang sah di sisi undang-undang, terus dalam Dropbox.

Capture

Daripada bergantung pada e-mel panjang, mesyuarat atau sesi latihan yang berulang-ulang, kongsikan maklum balas dengan mudah dengan pautan menggunakan rakaman skrin, suara alih dan tangkapan skrin.

Transfer

Hantar salinan mana-mana fail atau folder (sehingga 250 GB) kepada rakan sekerja atau klien, walaupun jika mereka tidak menggunakan Dropbox. Anda juga boleh mengawal akses kepada kandungan anda dengan kata laluan dan tarikh luput.

Aplikasi

Dropbox pasti dapat membantu kerja pasukan anda.

Apl mudah alih

Pastikan projek tetap berjalan tidak kira di mana-mana tempat Akses kerja, bekerjasama dengan rakan sekerja dan klien, dan selesaikan tugas dengan pantas—semuanya daripada telefon atau tablet anda.

Apl desktop

Susun, kongsi, dan urus kandungan untuk kerjasama yang mudah dan kecekapan dipertingkatkan, terus pada desktop anda.

Dropbox berfungsi dengan apl yang biasa anda gunakan.

Slack

Satukan perbualan Slack dan kandungan Dropbox bersama agar pasukan kekal selaras.

Microsoft 365

Akses, edit dan kongsi dokumen Office dengan mudah, dalam talian di Dropbox.

Google Workspace

Cipta, sunting dan kongsi Google Docs, Sheets dan Slides daripada Dropbox.

Adobe

Memberikan penyusunan dan keharmonian kepada idea kreatif anda dengan mengintegrasikan Adobe dan Dropbox.

Microsoft Teams

Kongsi fail secara terus daripada Dropbox ke Microsoft Teams.

Asana

Pasukan boleh menjejak sebarang jenis kerja dengan Asana, dan pada masa yang sama mengekalkan kandungan daripada Dropbox di sebelahnya.

Canva

Cipta grafik indah dalam Canva dengan kandungan daripada Dropbox.

Greenhouse

Lampirkan resume dan dokumen lain pada permohonan secara langsung daripada Dropbox.

Lebih banyak alatan untuk produktiviti, kerjasama dan keselamatan

Dropbox Sign API

API kami yang mesra pembangun membolehkan anda menyepadukan eTandatangan dengan mudah ke dalam apl anda, yang memudahkan aliran kerja perjanjian yang disatukan dan sah di sisi undang-undang yang diperibadikan untuk jenama anda.

FormSwift daripada Dropbox

Isi templat untuk mencipta dokumen dengan mudah seperti NDA, kontrak dan borang cukai. Tambah teks dan eTandatangan, padam, sunting, serlahkan dan banyak lagi. Kemudian, muat turun atau hantar e-mel dokumen anda yang telah siap.

Paper

Paper bukan sekadar satu dokumen. Buat sumbang saran, rancang, susun, cipta dan bekerjasama dalam alat penyuntingan bersama ini.

Passwords

Cara yang paling mudah untuk mendaftar masuk ke laman web dan apl pada semua peranti anda. Dropbox Passwords menggunakan penyulitan yang mudah digunakan supaya hanya anda yang boleh melihat kata laluan anda, bukannya Dropbox.

Produk akses awal

Uji alat kerja generasi yang akan datang, sekarang dalam fasa alfa atau beta melalui Akses Awal Dropbox. Terima kasih terlebih dahulu kerana berkongsi maklum balas—idea anda boleh mempengaruhi produk akhir secara langsung!

UI tindanan halaman mula Dash