Peneraju dalam komunikasi dokumen digital

Adobe Acrobat Document Cloud telah bekerjasama dengan Dropbox bagi memudahkan anda untuk membuka, bekerjasama, menyunting, menandatangani, dan menyimpan dokumen PDF di dalam Dropbox.

Bersama-sama, Acrobat DC dan Dropbox membantu anda melakukan lebih dengan PDF, tidak kira di mana jua anda berada. Dengan integrasi Dropbox dan Acrobat DC, anda dapat memudahkan proses manual bagi mencetak fail, menulis komen dengan tangan, mengimbas dokumen, dan kemudian menge-melkan ia sebagai lampiran. Sebaliknya, anda boleh buka dokumen PDF di dalam Acrobat DC terus daripada Dropbox, menyuntingnya, dan kemudian simpan dan kongsikan kerja anda kembali ke dalam Dropbox dengan mudah. Dan dengan Acrobat Reader mudah alih untuk iOS dan Android, anda boleh mengulas dan menulis komen pada PDF yang disimpan di dalam Dropbox semasa anda di luar.

  • Sunting PDF dengan mudah di mana sahaja. Serlahkan atau ulaskan teks daripada iPhone atau iPad anda, dan perubahan yang dilakukan akan disimpan kembali ke Dropbox secara automatik.
  • Kongsi kerja anda dalam beberapa saat. Sebarang suntingan yang anda lakukan terhadap PDF yang disimpan di dalam Dropbox — sama ada perubahan pada komputer atau peranti mudah alih anda — akan disimpan kembali ke Dropbox, jadi anda boleh berkongsi PDF terkini bersama kolaborator dengan mudah dan pantas.
  • Buka draf PDF terkini anda pada bila-bila masa dan di mana jua. Akses PDF di dalam Dropbox anda dari dalam Acrobat DC atau Acrobat Reader — pada telefon, tablet atau komputer anda.

Adobe, Rakan Kongsi Premier Dropbox

Penyelesaian perkongsian dan penyimpanan terbaik untuk perniagaan anda