Biar kami bantu memastikan kehidupan digital keluarga anda teratur. Simpan Dokumen Google, kata laluan, video, PDF dan banyak lagi—tidak kira apa yang anda perlu simpan.
Cara paling mudah untuk memastikan semua orang kekal teratur
Pusatkan dan lindungi semua fail keluarga anda dan kongsi 2,000 GB penyimpanan awan yang disulitkan. Setiap orang akan mendapat akaun mereka sendiri untuk menyimpan foto, kata laluan, dan dokumen, serta satu ruang kongsian untuk seluruh keluarga.
Satu tempat untuk semua orang dengan ruang untuk menyimpan segala-galanya
Semua maklumat keluarga anda, semuanya di satu tempat
Dengan pelan keluarga kami, seramai enam orang boleh menyandarkan fail daripada PC atau Mac mereka, menguruskan butiran akaun dalam talian dengan Dropbox Passwords dan menyimpan dokumen sensitif di dalam Dropbox Vault, semuanya dalam satu bil.
Kongsi foto, dokumen keluarga dan banyak lagi
Berkongsi dengan orang tersayang tidak pernah semudah ini. Semua ahli pelan boleh menggunakan Folder Family untuk meletakkan kandungan kongsian seperti foto, video dan dokumen penting sambil mengekalkan akaun peribadi mereka sendiri.
Bertenang—semua maklumat anda selamat
Simpan kandungan keluarga anda dengan selamat dengan teknologi penyulitan terkini dan ciri-ciri keselamatan yang kukuh. Dropbox telah melindungi data selama lebih satu dekad—ini adalah keutamaan kami.
Dengan Folder Family, semua orang boleh mengakses kandungan kongsian seperti foto dan video, hamparan perancangan percutian atau perkahwinan, dan kenalan kecemasan apabila anda sangat memerlukannya.
Anda dan keluarga anda boleh mendaftar masuk dari mana sahaja dan dari sebarang peranti: Windows, Mac, iOS, dan Android. Sama anda berada di rumah atau dalam perjalanan, kandungan peribadi dan keluarga akan sentiasa ada di hujung jari.
Dengan menggunakan PIN untuk mendapatkan akses, Dropbox Vault memberikan lapisan keselamatan tambahan kepada semua fail penting keluarga anda seperti kad pengenalan, surat wasiat dan slip gaji. Fail-fail peribadi akan selamat disimpan dan ada di hujung jari bila-bila anda memerlukannya.