Skip to main content

Perakam GIF

Rakam GIF pada skrin anda, sunting dan eksport GIF tersebut—semua itu di satu tempat

Mencipta GIF daripada rakaman skrin menjadi mudah dengan Dropbox Capture.

Rakam skrin anda, sunting klip, muat turun sebagai GIF dan kongsikan—semudah itu sahaja.

GIF animasi menunjukkan cara menggunakan Dropbox Capture untuk merakam video diri sendiri dan skrin anda, yang kemudian boleh ditukar menjadi GIF.
Rakam GIF
Rakam skrin anda dan tukarkan kepada GIF

Dengan keupayaan rakaman skrin lanjutan Dropbox Capture, mudah untuk mendapatkan klip yang anda perlukan:

  • Muat turun video rakaman skrin kurang daripada 30 saat sebagai GIF atau, jika anda menggunakan macOS, rakam GIF secara terus
  • Semasa merakam GIF, pilih sama ada untuk merakam skrin penuh anda, sebahagian daripada skrin atau tetingkap apl individu
  • Rakam skrin anda dalam kualiti video 720p, 1080p dan 4K
  • Anotasi skrin anda dengan lukisan tangan semasa merakam untuk kejelasan tambahan
  • Pintasan papan kekunci tersuai membolehkan anda mula merakam dengan serta-merta dan memelihara detik berharga dalam sekelip mata
Paparan visual antara muka apl desktop Dropbox Capture, menunjukkan pilihan rakaman yang tersedia.

Cara mencipta GIF dengan Dropbox Capture

Ikon Dropbox Capture.

1. Buka Dropbox Capture

Ikon kamera.

2. Tekan rekod

Tekan butang rekod merah untuk merakam skrin anda, kawasan yang dipilih atau tetingkap apl.

Ikon pensel.

3. Potong

Sebaik sahaja anda selesai, klip akan dibuka dalam pelayar anda, tempat anda boleh memotong rakaman kepada tempoh kurang daripada 30 saat.

Ikon muat turun.

4. Muat turun sebagai GIF

Muat turun sebarang rakaman kurang daripada 30 saat sebagai GIF, secara terus daripada tetapan Kongsi klip.

Sunting GIF
Potong klip anda mengikut saiz—tiada suite penyuntingan diperlukan

Tidak perlu tambah lebih banyak alat pada aliran kerja anda jika anda hanya perlu memendekkan rakaman yang panjang menjadi GIF bersaiz kecil dan pendek.

Potong rakaman skrin anda untuk buang rakaman yang tidak diperlukan dengan Dropbox Capture.

Paparan visual antara muka Dropbox Capture, menunjukkan cara memotong klip.
Hantar GIF
Eksport dan kongsikan klip anda sebagai GIF

Sebarang rakaman Dropbox Capture kurang daripada 30 saat, atau klip yang dipotong sehingga kurang daripada 30 saat, boleh dimuat turun sebagai GIF.

Setelah dimuat turun, GIF sedia untuk dikongsi mengikut cara yang anda mahukan:

  • Benamkan GIF anda pada halaman web
  • Kirim di media sosial
  • Kongsi melalui apl pemesejan
  • Atau mana-mana pelantar lain yang menyokong GIF
Paparan visual antara muka Dropbox Capture, menunjukkan cara mengeksport rakaman skrin sebagai GIF.

Soalan lazim

GIF ialah sejenis fail imej. Akronim yang bermaksud “Graphics Interchange Format” (Format Saling Tukar Grafik), dan jenis fail ini kekal popular sejak mula diperkenalkan pada tahun 1980-an.

GIF mungkin paling terkenal kerana mempunyai keupayaan untuk memasukkan berbilang bingkai. Ini membolehkan GIF digunakan untuk mencipta klip animasi berulang, tanpa perlu membenamkan atau berkongsi fail video yang besar.

GIF mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikan fail jenis ini berguna untuk pelbagai jenis keperluan:

  • Berulang-ulang tanpa kesudahan: Berulang-ulang secara automatik akan menarik dan mengekalkan perhatian penonton dengan lebih mudah semasa mereka menatal.
  • Berkomunikasi dengan jelas: GIF bagus untuk meningkatkan komunikasi yang jelas, terutamanya apabila dibandingkan dengan imej pegun.
  • Saiz fail yang lebih kecil: Dengan saiz yang lebih kecil, GIF boleh menjadi format yang sesuai untuk senario yang mengutamakan saiz—seperti menghantar mesej atau menghantar kiriman dalam talian.

Dengan Dropbox Capture untuk macOS, anda boleh merakam GIF secara terus daripada apl desktop, tanpa perlu merakam klip anda sebagai video terlebih dahulu.

Dengan Dropbox Capture untuk Windows dan macOS, anda boleh mengeksport sebarang klip kurang daripada 30 saat (termasuk klip yang dipotong) sebagai GIF.

Selain mencipta GIF daripada rakaman skrin, Dropbox Capture mempunyai beberapa keupayaan lain:

  • Merakam diri anda dengan kamera web anda, selain skrin anda.
  • Merakam alih suara dengan mikrofon anda.
  • Mentranskripsi video rakaman anda, dengan sari kata tertutup dan transkrip yang dijana secara automatik.
  • Memainkan semula klip rakaman anda dalam 4K.
  • Berkongsi rakaman anda secara terus daripada Dropbox Capture dan menerima pemberitahuan apabila klip itu ditonton.
  • Mengawal individu yang boleh mengakses klip anda dengan tetapan perkongsian khusus video.
  • Penonton boleh meninggalkan komen dan reaksi emoji pada masa khusus pada klip anda.
  • Mencipta kandungan untuk audiens atau tujuan yang berbeza? Tambahkan klip pada koleksi untuk mengatur set rakaman yang berkaitan dan kongsikan koleksi bersama.

Lihat lebih banyak ciri

Alat perakam skrin Dropbox Capture.

Perakam skrin

Kurangkan mesyuarat dengan mesej video yang diperibadikan

Meletakkan tera air pada fail dengan Dropbox.

Tera air

Lindungi kerja anda daripada penggunaan yang tidak dibenarkan

Ciri perkongsian fail Dropbox.

Perkongsian fail

Kongsi mana-mana fail atau folder dengan sesiapa sahaja secara mudah

Koleksi folder dan jenis fail yang berbeza.

Penyusunan fail

Susun semua kandungan pasukan anda di satu tempat