Skip to main content

Kemas Kini Produk Dropbox Disember 2022

Seseorang memasukkan tandatangan mereka ke dalam dokumen dengan Dropbox Sign

Tandatangani PDF tanpa meninggalkan Dropbox

Menambah tandatangan anda yang mengikat secara sah dari segi undang-undang pada PDF kini lebih mudah. Tidak perlu lagi memuat turun PDF atau membuka fail dalam aplikasi e-Tandantangan yang berasingan.

Kami telah menambahkan keupayaan Dropbox Sign pada editor PDF terbina dalam kami, supaya anda boleh menambah tandatangan semasa anda membuat perubahan. Anda akan kurang menukar apl dan kurang perlu menjejaki, sambil memastikan perjanjian selamat, mengikat secara sah dari undang-undang dan kekal patuh.

Ketahui cara menambah tandatangan pada PDF

Pentadbir pasukan dimaklumkan tentang pemadaman besar-besaran fail dalam Dropbox

Pengurangan ancaman yang kukuh dan sentiasa aktif ada di sini

Perlindungan perisian tebusan automatik kami memaklumkan kepada pentadbir dengan pemberitahuan dalam produk dan e-mel untuk melindungi perniagaan anda dan memastikan anda fokus pada kerja anda. Kami akan memberitahu anda secara automatik apabila kami mengesan perisian tebusan, pemadaman dan pemindahan kandungan besar-besaran, log masuk dari negara berisiko tinggi atau berbilang log masuk yang gagal.

Dengan alatan untuk memulihkan kandungan dengan mudah dan cepat, anda boleh mengelak daripada membayar wang tebusan apabila terdapat ancaman keselamatan. Kemas kini ini, akan datang tidak lama lagi kepada pasukan Dropbox Standard dan Advance, membantu melindungi perniagaan anda daripada bahaya dan memastikan kerja bergerak.

Ketahui cara bermula dengan perlindungan perisian tebusan

Antara muka iOS Dropbox yang dikemas kini dengan butang kongsi dan luar talian didayakan

Akses lebih pantas kepada perkara yang anda perlukan dalam Dropbox pada iOS

Halaman utama kami yang direka bentuk semula dalam Dropbox untuk iOS memberi anda akses yang lebih pantas dan lebih mudah kepada kandungan penting semasa dalam perjalanan. Perkara pertama yang anda lihat apabila anda membuka apl ialah fail Terbaru, Dibintangi, Dikongsi dan Luar Talian anda dipaparkan dalam bahagian berasingan, dengan lakaran kecil besar untuk menyemak imbas sekilas pandang.

Selain itu, kami telah menambah keupayaan untuk menyesuaikan halaman utama anda agar sesuai dengan cara anda menggunakan Dropbox. Anda boleh menambah mana-mana folder sebagai bahagian baharu pada halaman utama untuk akses pantas. Atau, anda boleh menyusun semula dan mengalih keluar bahagian yang anda tidak gunakan dengan kerap. Semuanya akan membentuk apl Dropbox peribadi yang lebih mudah digunakan.

Muat turun Dropbox untuk iOS

Halaman hasil carian imej dengan hak cipta dalam antara muka Dropbox
Dua pengguna memberikan komen tentang imej dalam antara muka Dropbox Replay