
Dropbox Replay, dipertingkat
Dengan kemas kini terbaru kami untuk Replay dan Penambahan Dropbox Replay, semakan video anda akan berjalan dengan lebih pantas dan lancar:
- Sambungkan Apple Final Cut Pro & Adobe After Effects untuk melihat dan mengambil tindakan ke atas maklum balas terus daripada editor video anda.
- Bandingkan versi fail video dengan cepat dengan keupayaan untuk melihat sebelah-menyebelah (Penambahan sahaja)
- Semak audio dalam kualiti tertinggi dengan penstriman audio tanpa hilang (Penambahan sahaja)

Tapis carian dan cari perkara yang anda perlukan dengan lebih cepat
Pencarian tidak sepatutnya mengambil masa yang lama… mencari. Jadi kami telah menambah beberapa pengendali pada carian fail Dropbox yang membolehkan anda mengecilkan hasil carian dan mencari kerja anda dengan lebih cepat:
- Tajuk: Hanya dapatkan semula fail yang mengandungi perkataan tertentu dalam nama fail, contohnya, "tajuk: invois"
- Jenis: Cari mengikut kategori—seperti folder, dokumen atau imej—atau sambungan fail, contohnya, "jenis: pdf"
- Sebelum/selepas: Kecilkan hasil carian kepada rangka masa tertentu, berdasarkan tarikh pengubahsuaian, contohnya, "sebelum: 02-05-2021"
- DAN/ATAU: Tentukan berbilang perkataan untuk dicari dalam hasil carian, contohnya, "baru DAN pelanggan awal"

Optimumkan aliran kerja pasukan anda dengan Capture
Kami telah menambah ciri baru untuk menjadikan kerjasama pasukan lebih mudah. Dengan menggunakan hab pusat untuk kerja pasukan anda, semua orang boleh kekal termaklum dan selaras.
- Hab pasukan. Selamat datang ke Ibu Pejabat digital baru anda yang mana anda boleh mengatur tangkapan skrin dan rakaman skrin pasukan anda di satu tempat. Ruang ini membenarkan orang lain berkongsi, menulis komen dan bekerjasama bersama—menggantikan mesyuarat dan mesej tambahan sepanjang hari. Dan itu ialah kemenangan untuk kalendar semua orang.
- Ciri video yang dipertingkat. Walaupun bunyi “ums” dan “uhs” adalah semula jadi dalam perbualan, ia mungkin kedengaran tidak profesional dalam video. Jadi, kami telah menambah keupayaan untuk membuangnya dengan mudah daripada rakaman Capture anda. Kami di sini untuk membantu anda menuturkan yang terbaik (dalam beberapa saat sahaja).