Kemas Kini Produk Dropbox September 2022
Penyuntingan foto membolehkan anda melakukan lebih banyak lagi dengan foto anda tanpa meninggalkan Dropbox
Jimat masa dan bekerja dengan lebih cekap dengan membuat suntingan ringan pada fail .png, .jpeg, atau .jpg di Dropbox.com. Bawa imej anda daripada tangkapan kepada sedia untuk dikongsi tanpa perlu menukar apl:
- Pangkas kepada saiz standard industri
- Putar dan terbalikkan
- Laraskan kecerahan, kontras, ketepuan, suhu, dan banyak lagi
Ketahui cara untuk mula menyunting foto
Kini, ciri penyuntingan PDF membolehkan anda menambah teks dan banyak lagi
Kami telah menambah lebih banyak alat pada ciri penyuntingan PDF baharu kami supaya anda boleh melakukan lebih banyak perkara tanpa menukar program. Kini, dalam Dropbox, anda boleh:
- Tambah teks pada dokumen: Sisipkan penerangan, tarikh, nota dsb., di mana-mana sahaja pada PDF dan ubah suai fon, warna, saiz, dan penekanan teks
- Zum halaman: Laraskan paparan halaman untuk navigasi yang lebih mudah
Ketahui cara untuk mula menyunting PDF
Dapatkan pratonton yang lebih jelas dengan resolusi video yang lebih tinggi
Pengguna Dropbox berhak mendapat main semula beresolusi tinggi semasa pratonton kandungan video mereka. Kini anda boleh menonton dalam kualiti HD atau 4K tanpa meninggalkan Dropbox.
Pengguna Basic mendapat resolusi HD (1080p) dan pengguna berbayar mendapat resolusi 4K (2160p).
Tambah tera air pada berbilang fail secara automatik
Pastikan tiada sesiapa yang menggunakan kerja anda tanpa kebenaran dengan tera air automatik. Jimat masa, pastikan kerahsiaan, dan lindungi jenama anda dengan menggunakan automasi tera air pada folder berautomasi baharu atau yang sedia ada. Kemudian, setiap PDF dan imej yang ditambah pada folder akan ditera air secara automatik.
Untuk mencipta automasi dan mengetahui lebih lanjut tentang tera air, lawati halaman automasi kami