Dropbox Showcase:
Letakkan kerja terbaik anda dalam tumpuan terbaik

Jadikan setiap interaksi satu peluang untuk memukau dengan Showcase. Kongsi kerja anda bersama rakan kongsi dan klien dengan mudah, jejaki kemajuan, dan pantau siapa yang telah melihat—semuanya di satu tempat.

Tempa nama anda

Pastikan kerja anda mewakili anda dengan baik. Tambah penjenamaan anda kepada fail yang dikongsi, supaya segala-galanya dipakejkan secara profesional dan unik untuk anda.

Ceritakan kisah yang akan diingati

Lakukan lebih daripada sekadar berkongsi fail—bimbing mereka melalui kerja anda. Gunakan pratonton visual, susun atur tersuai, dan kapsyen bermaklumat supaya mereka melihat kandungan yang betul, dengan konteks yang betul, dalam susunan yang betul.

Dapatkan gambaran sebenar

Singkirkan keraguan dalam penglibatan. Jejaki orang yang melihat, memuat turun, dan memberi komen pada kerja yang anda kongsi secara automatik—agar anda boleh lebih bersiap sedia semasa membuat susulan.

Dan buat klien gembira juga

Dengan Showcase, anda mendapat aliran kerja lebih lancar yang akan membantu mengeratkan perhubungan pelanggan. Apabila mereka melihat wawasan anda seperti anda melihatnya, perkara luar biasa boleh berlaku.

Soalan-soalan Lazim

Adakah orang yang saya kongsikan showcase memerlukan akaun Dropbox?

Tidak, sesiapa sahaja yang anda kongsikan showcase boleh melihatnya, walaupun mereka tiada akaun Dropbox.

Bagaimanapun, untuk meninggalkan komen pada showcase anda, orang yang anda kongsikan akan memerlukan akaun Dropbox—dan perlu mendaftar masuk ke akaun itu.

Siapakah yang boleh melihat, memuat turun, atau menyunting showcase?

Secara lalai, sesiapa sahaja yang mempunyai pautan ke showcase boleh melihatnya. Ini bermakna bahawa orang yang anda telah kongsikan pautan boleh memberikannya kepada orang lain. Bagaimanapun, anda boleh menetapkan supaya hanya orang yang anda jemput ke showcase itu boleh melihatnya. Pilihan ini tersedia dalam tetapan perkongsian.

Secara lalai, orang yang anda kongsikan showcase boleh memuat turun dan meninggalkan komen pada fail di dalamnya.

Hanya pemilik (atau pencipta) showcase boleh menyuntingnya. Bagaimanapun, jika anda mempunyai fail daripada folder kongsian dalam showcase anda, sesiapa sahaja yang anda telah kongsikan folder itu boleh menyunting fail di dalamnya. Perubahan itu kemudian akan muncul dalam showcase.

Apakah perbezaan antara showcase dan folder?

Showcase dan folder kedua-duanya melakukan perkara yang serupa, dari segi ia menjadi satu cara untuk mempakejkan (atau “membungkuskan”) fail dalam akaun Dropbox anda. Kemudian anda boleh berkongsi pakej ini bersama orang lain.

Terdapat tiga perbezaan utama antara showcase dan folder:

  • Folder hanyalah senarai fail di dalamnya, manakala showcase membenarkan anda untuk mengkurasi fail pada halaman berjenama menggunakan pratonton visual, susun atur tersuai, dan kapsyen fail
  • Anda boleh menjejak aktiviti dalam showcase; ini tidak boleh dilakukan pada folder
  • Mana-mana fail hanya boleh wujud di dalam satu folder sahaja, manakala satu fail boleh disertakan dalam banyak showcase

Terdapat satu lagi persamaan yang penting: Jika anda menyunting fail di dalam showcase atau folder kongsian, penerima akan sentiasa melihat versi terkini fail itu.

Apakah jenis fail yang boleh dipratonton dalam showcase?

Sebarang jenis fail yang boleh dipratonton dalam Dropbox turut boleh dipratonton dalam showcase.

Pratonton video tidak akan dimain secara langsung pada halaman showcase—ia akan muncul sebagai imej statik. Bagaimanapun, jika anda klik imej ini, satu lightbox akan dibuka di mana pratonton video boleh dimainkan.

Lihat senarai jenis fail yang akan dipratonton dalam Dropbox.

Adakah showcase menggunakan ruang storan Dropbox?

Tidak, showcase tidak menggunakan ruang storan Dropbox tambahan. Hanya fail dalam showcase itu yang akan menggunakan ruang storan anda.