Skip to main content

Augie | Dropbox

Anda boleh mengubah perkara ini menjadi video dalam masa lima minit

Augie dan Dropbox membawakan anda satu penyelesaian yang dibantu oleh AI untuk mencipta, menyunting, berkongsi dan menyimpan video. Tiada kemahiran menyunting video yang diperlukan.

Imej kulit luar Augie dan Dropbox

Tanpa mengira panjang video itu, masa penciptaan tetap lebih singkat

Dunia berkomunikasi melalui video, dan walaupun video lebih mudah untuk dihasilkan berbanding sebelum ini, penciptaan ini masih mengambil masa selama beberapa jam atau bahkan beberapa hari untuk disiapkan. Dropbox dan Augie telah bekerjasama untuk mengurangkan masa penciptaan kepada beberapa minit sahaja.

Saksikan perkara yang boleh kita lakukan dengan perkataan

Memperkenalkan Augie, pembantu video AI yang mengambil perkataan anda—gesaan, skrip, penceritaan atau rakaman—dan menghasilkan video profesional secara automatik yang menampilkan kandungan anda bersama-sama rakaman video stok yang berkualiti tinggi dan dilesenkan secara komersial.

Dan kami tidak perlu memperkenalkan anda kepada Dropbox—anda tahu, Dropbox menyimpan semua video tersebut dan aset digital lain dalam satu ruang yang mudah untuk bekerjasama. Jadi, anda boleh berkomunikasi dan mencipta dengan lebih mudah.

Seorang lelaki dengan fon kepala sedang duduk di hadapan 2 skrin komputer
Mengapakah anda bekerja keras?

Sebelum Augie dan Dropbox, penciptaan video media sosial bermakna menghasilkan idea, menulis skrip, mencari imej dan rakaman, meletakkan semua hasil penciptaan dalam susunan yang betul, menambah penceritaan, kemudian membina semua hasil penciptaan pada templat video.

Kini, Augie mengurangkan masa penciptaan ini kepada purata 5-20 minit.

Penciptaan menjadi lebih pantas. Lebih mudah. Dan Augie hanyalah salah satu daripada alat video yang anda akan dapat dengan Dropbox—yang menjadi satu penyelesaian sehenti untuk anda dan perniagaan anda.

Logo perkongsian Dropbox dan AubX Labs
Cara yang ringkas begitu mengujakan

Dengan bergabung, Dropbox dan AugX Labs memberikan alat pemasaran yang sedia untuk digunakan kepada pekerja bebas dan perniagaan kecil yang:

  • Menyelaraskan akaun Dropbox anda dengan pustaka Augie anda
  • Mengimport aset Dropbox ke dalam Augie untuk penciptaan video yang mudah
  • Membenarkan untuk maklum balas bingkai demi bingkai melalui Dropbox Replay
  • Menyimpan semua kandungan anda di satu tempat yang teratur
Logo perkongsian Dropbox dan AugX Labs

Dropbox dan AugX Labs: Peneraju dalam AI untuk pemimpin dalam AV

Simple

Integrasi antara Augie dengan Dropbox menjadikan penciptaan video lebih pantas dan mudah.

Selamat

Dropbox merupakan cara yang boleh dipercayai untuk menyimpan, berkongsi, menyelaraskan, dan bekerjasama.

Terus

Anda boleh menambah fail dan imej daripada akaun Dropbox anda terus ke dalam Augie.