Pasukan kini bergantung kepada pelbagai alatan untuk menyiapkan kerja dan mereka seringkali bertukar-tukar alatan. Dengan integrasi Dropbox dan Slack, kandungan dan perbualan anda kekal bersama dengan lancar apabila anda beralih antara alatan — maka pasukan anda dan pasukan yang bekerjasama dengan mereka boleh berada pada perkembangan yang sama dan mencari maklumat dengan mudah.
- Kerja dengan lebih pintar dari mana-mana sahaja. Mulakan perbualan Slack dengan Dropbox untuk membincangkan perubahan atau kemas kini kepada kandungan kongsian, lantas menyimpan perbualan dan kandungan anda di tempat yang sama.
- Pastikan pasukan anda tahu maklumat yang sama.Hantar fail kepada individu atau saluran Slack secara langsung dari Dropbox untuk berkongsi kerja anda dengan mudah.
- Kurangkan keperluan beralih antara platform. Kongsi fail Dropbox dengan mudah menggunakan butang "+" Slack atau secara langsung dari dalam Dropbox.
- Kekal selaras dengan semua orang dari mana-mana jua. Lihat aktiviti Slack yang berlaku di sekeliling fail anda dari semua peranti anda untuk kekal termaklum tentang kemas kini terkini, walaupun semasa anda sedang bergerak.
- Bekerjasama di dokumen Dropbox Paper dalam Slack. Bekerjasama pada kandungan dengan kebolehan untuk mengirim, pratonton, mencipta dan mencari dokumen Paper terus dari Slack.