Garis Panduan Penjenamaan Dropbox
Tanda dagangan dan jenama Dropbox ialah harta intelektual yang dimiliki oleh Dropbox serta merupakan aset yang penting dan berharga. Kami menghargai bantuan anda dalam melindungi Dropbox dengan penggunaan yang wajar. Garis panduan ini, yang mungkin dikemas kini secara berkala, bertujuan untuk membantu anda memahami cara menggunakan nama Dropbox dan logo kami dengan betul. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang garis panduan ini, sila hubungi brand@dropbox.com.
Dengan menggunakan bahan jenama Dropbox (cth. nama, logo, tangkapan skrin Dropbox, dll.), anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan Dropbox, garis panduan penjenamaan Dropbox ini dan semua peraturan serta dasar Dropbox, yang mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Anda juga mengakui bahawa Dropbox ialah pemilik tunggal tanda dagangan Dropbox, berjanji untuk tidak mengganggu hak Dropbox terhadap tanda dagangan, dan mengakui nama baik yang diperoleh daripada penggunaan itu terakru hanya kepada Dropbox. Dropbox boleh menyemak semula penggunaan bahan jenama pada bila-bila masa dan berhak untuk menamatkan atau mengubah suai sebarang penggunaan.
Penggunaan Tanda Dagangan dan Jenama
Jangan gunakan bahan jenama kami dengan cara yang boleh mengelirukan, menyalahi maksud atau memberikan tanggapan penajaan, pengendorsan atau penggabungan dengan Dropbox. Contohnya, nama dan logo anda hendaklah lebih menonjol daripada nama atau logo Dropbox.
Jangan lakukan sebarang penyuntingan atau perubahan pada bahan jenama kami. Untuk tanda perkataan kami, sentiasa gunakan ejaan yang betul dan elakkan kesilapan semasa menaip, termasuk mengubah tanda kami menjadi dalam bentuk jamak atau milik, atau menambah perkataan, tanda baca, simbol atau nombor lain. Sentiasa gunakan tanda kata kami sebagai kata sifat yang betul (iaitu, huruf besar), bukan kata nama atau kata kerja.
Logo Dropbox ialah tanda universal yang kami gunakan merentasi semua komunikasi kami. Untuk logo Dropbox, serta mana-mana logo kami yang lain, kami mahu logo tersebut dapat dicam dengan serta-merta, jadi konsistensi amat penting—jangan sunting, ubah, herotkan, warnakan semula, putar, leraikan, regangkan, konfigurasi semula atau sebaliknya ubah suai dalam apa-apa cara sekalipun.
Bahan pengiklanan, promosi, dan jualan
Sila semak dengan kami sebelum menggunakan bahan jenama kami pada laman web, produk, pembungkusan, manual atau untuk kegunaan komersial atau produk lain. Tidak menjadi masalah untuk menyebut dalam teks "berfungsi dengan Dropbox" atau "serasi dengan Dropbox" (asalkan perkara itu benar!).
Pendidikan dan pengajaran (buku, panduan, penerbitan, dan persidangan)
Anda boleh menggunakan bahan jenama kami untuk tujuan pendidikan dan pengajaran, tetapi sila ingat bahawa penggunaan tersebut hendaklah tidak mengelirukan atau menyalahi maksud, atau memberikan tanggapan penajaan atau penggabungan kami. Secara umumnya, kami tidak membenarkan penggunaan logo atau tangkapan skrin kami pada tempat seperti di kulit buku.
Sertakan juga kenyataan ini (atau sesuatu sepertinya) di dalam bahan cetakan anda. "(Judul) tiada kaitan dengan atau ditaja oleh Dropbox, Inc."
Produk, Laman web, Nama dan Logo
Jangan gunakan nama kami sebagai sebahagian daripada nama syarikat atau perkhidmatan, nama laman web, nama dagangan atau nama produk anda. Jangan gunakan logo kami atau gabungkan logo kami ke dalam logo anda. Jangan gunakan nama domain yang mengandungi “Dropbox” atau sebarang perkataan serupa yang boleh mengelirukan.
Penggunaan Kefungsian (UI / butang)
Pembangun yang menggunakan API kami boleh menggunakan bahan jenama sejajar dengan Garis Panduan Penjenamaan Pembangun kami.
Memaut ke Dropbox
Jika anda menggunakan Dropbox dan mahu menggunakan logo kami untuk memaut ke laman kami, anda boleh menggunakan logo kami jika penggunaan tersebut memenuhi seluruh garis panduan ini. Contohnya, “kami menggunakan Dropbox! [logo dipautkan atau letakkan pautan berhampiran logo]” atau “ini satu set foto (dihoskan di Dropbox).”
Barang dagangan
Walaupun kami menghasilkan banyak kemeja-t dengan cap logo kami, kami biasanya tidak membenarkan pihak ketiga menghasilkan, menjual, atau memberikan apa-apa barangan yang mempunyai bahan jenama kami.