Broker Keselamatan Akses Awan (CASB) dan platform keselamatan siber awan yang melindungi pengguna, data, dan apl di awan

Bersama-sama, Dropbox dan Cloudlock menggabungkan tumpuan berterusan kepada keselamatan dengan komitmen khas terhadap produktiviti dan kemudahan penggunaan.

Logo CloudLock

Cloudlock memberi penglihatan serta kawalan yang dipertingkat kepada pasukan keselamatan dalam persekitaran awan mereka, membenarkan pengesanan dan tindak balas yang tangkas terhadap risiko seperti ancaman siber, perkongsian melampau, dan pendedahan tidak sengaja. Cloudlock mengurangkan risiko pencerobohan data menerusi keupayaan kuarantin automatik mengikut dasar apabila data sensitif ditemui. Menggunakan pendekatan natif awan, Cloudlock menambah lapisan keselamatan kepada persekitaran Dropbox pasukan anda dengan memantau aktiviti akaun melalui API Dropbox Business.

Cloudlock CASB

  • Kenal pasti dan remedikan pendedahan data. Tentukan jika maklumat sensitif yang disimpan di dalam Dropbox, seperti harta intelektual dan PCI, telah didedahkan secara tidak wajar menggunakan enjin dasar yang boleh disesuaikan. 
  • Automasikan respons insiden. Kuarantin maklumat sensitif yang terdedah secara automatik menerusi tindakan respons berpandukan dasar.
  • Kesan aktiviti log masuk yang mencurigakan. Benderakan tingkah laku pentauliahan luar biasa yang menandakan pencerobohan akaun, termasuk log masuk dan sesi luar biasa dari lokasi yang berlainan.
  • Pantau aktiviti merentas platform. Analisis data tingkah laku pengguna merentasi aplikasi awan, termasuk persekitaran SaaS, laaS, PaaS dan IDaaS untuk pemahaman keselamatan yang berkait.

Cisco Web Security Appliance

  • Kawalan rangkaian saling kendali. Benarkan organisasi untuk membataskan penggunaan akaun Dropbox peribadi yang tidak bertauliah pada rangkaian korporat, sambil membenarkan akses kepada akaun yang diuruskan syarikat menggunakan Cisco Web Security Appliance dan Kawalan Rangkaian Dropbox

Hubungi Jualan

cloudlock@cisco.com
(781) 996-4332
www.cloudlock.com