Perisian perakaunan dalam talian yang memberi perniagaan kecil akses kepada data kewangan masa nyata

Gabungan Xero dan Dropbox memudahkan kolaborasi, di mana sahaja, dan pada apa jua peranti.

Logo Xero

Xero menawarkan perisian perakaunan dalam talian serta suite peralatan latihan yang memudahkan urusan perniagaan kecil, akauntan dan penyimpan kira-kira untuk menguruskan kewangan perniagaan. 

Xero Tax dan Dropbox Business bersepadu dengan kemas untuk memberi anda tempat dalam talian yang selamat untuk anda menyimpan, menyelaras dan mengakses dokumen penting, memudahkan untuk bekerjasama dengan pelanggan, berkongsi fail dan menguruskan aliran kerja tanpa kertas – pada bila-bila masa, di mana jua.

  • Tanpa kertas. Lihat pulangan cukai, surat, perjanjian, invois, resit, dan dokumen penting lain pada bila-bila masa, di mana jua.
  • Bekerjasama dengan pelanggan. Usahakan fail bersama pelanggan dan dapatkan pemberitahuan segera apabila komen atau perubahan dilakukan.
  • Selaraskan folder dengan lancar. Kongsi, namakan semula, hapuskan, dan selaraskan folder antara Xero Tax dan Dropbox.