Satukan kandungan dan projek anda dengan lancar.

Hubungkan kandungan Dropbox anda ke JIRA dan pastikan projek dan isu pasukan anda selaras.

Logo JIRA

Dropbox berintegrasi dengan JIRA agar pasukan anda boleh mengakses dan berkongsi kandungan secara langsung daripada isu dan alat pengurusan projek anda. Dengan tambahan Dropbox untuk JIRA, semua orang boleh melihat kerja yang dilakukan dan menerima bahan yang terkini pada masa nyata, lantas melangkau kitaran semakan yang tidak perlu dan menyusun projek anda di satu tempat.

  • Susun kandungan seperti pakar dengan folder terbenam. Dengan satu klik, anda boleh memautkan folder Dropbox kepada projek JIRA dan mendapat akses meluas kandungannya - fail, video, imej dan banyak lagi daripada dalam JIRA. Anda boleh menavigasi seluruh struktur folder Dropbox dengan mudah dan pratonton dokumen secara langsung dalam JIRA.
  • Urus fail anda. Ahli pasukan boleh membaca, memuat naik, memadam, menamakan semula dan mencipta folder dalam Dropbox tanpa meninggalkan JIRA.
  • Pasangkan fail dengan isu. Apabila anda memautkan fail Dropbox kepada isu JIRA anda, anda boleh melihat pratonton dalam barisan, pratonton saiz penuh dan komen pada fail Dropbox anda dalam JIRA.
  • Sahkan dengan Dropbox daripada JIRA. Sebaik sahaja anda memasang Dropbox bagi tambahan JIRA, hubungkan akaun Dropbox anda melalui OAuth bagi pengalaman pengguna yang lancar.

Hubungi Atlassian

Hubungi wakil jualan Dropbox atau Atlassian anda bagi maklumat lanjut.