Berasal dari Jerman, penyelesaian penyulitan hujung ke hujung yang bergabung lancar dengan Dropbox

Boxcryptor menyulitkan fail anda secara setempat sebelum ia dimuat naik ke Dropbox, menawarkan lapisan keselamatan tambahan kepada syarikat untuk mematuhi peraturan pematuhan luaran dan dalaman.

Logo Boxcryptor

Penyelesaian penyulitan berasal dari Jerman ini tersedia untuk semua platform utama dan berintegrasi dengan lancar ke dalam aliran kerja anda, seperti pengurusan pengguna dengan Dropbox Business, integrasi Active Directory, dasar tersuai, dan kunci induk yang disediakan daripada panel pentadbiran.

  • Penyulitan hujung ke hujung. Boxcryptor menyulitkan fail anda secara setempat pada peranti sebelum ia dimuat naik ke Dropbox — anda boleh pilih jika anda mahu menyulitkan semua fail anda atau subset fail yang disimpan di dalam Dropbox (disyorkan).
  • Integrasi lancar. Boxcryptor berintegrasi dengan Dropbox dengan lancar, membolehkan anda meraih manfaat daripada semua ciri Dropbox sambil menambah lebih keselamatan. Dengan Boxcryptor, anda boleh terus bekerjasama dengan pasukan anda, berkongsi fail dengan orang lain, dan mengakses data anda pada semua peranti.
  • Sesuai untuk pasukan. Boxryptor menawarkan anda pelbagai ciri-ciri tambahan bagi membantu anda menguruskan pasukan, seperti dasar tersuai, pengauditan, pengurusan pengguna, sokongan Active Directory, dan banyak lagi.

Hubungi Boxcryptor

sales@boxcryptor.com
+49 82190786158
www.boxcryptor.com