Kendalikan e-penemuan cekap dan boleh berulang yang menyediakan penilaian kes awal dan kebolehan pegangan undang-undang.

Bersama-sama, EnCase eDiscovery dan Dropbox membawakan anjakan inovatif ke arah mengintegrasikan e-penemuan dan awan, memberi organisasi koleksi kukuh dari segi forensik merentasi semua platfrom biasa, pemeliharaan metadata, penggandaduaan, dan semakan dokumen kolaboratif.

Logo Guidance

Integrasi API Dropbox Business dengan EnCase eDiscovery melanjutkan keupayaan untuk mencari, mengumpul, dan memelihara maklumat yang disimpan secara elektronik (ESI) di dalam akaun Dropbox Business dengan selamat. EnCase eDiscovery membolehkan syarikat menggunakan Dropbox Business untuk memberi respon lancar kepada pendakwaan, timbang tara, dan siasatan kawal selia.

  • Sasarkan koleksi tanpa menjejaskan pengguna. Kumpul dan pelihara kandungan daripada Dropbox dalam cara yang kukuh dari segi forensik tanpa gangguan terhadap operasi perniagaan.
  • Pemeliharaan menyeluruh memastikan rantaian penjagaan yang ketat. Pengumpulan data berkuasa yang disimpan di dalam Dropbox dan keupayaan carian yang dipaten, dioptimum, dan teragih memberi hasil yang amat komprehensif.
  • Laksanakan penilaian kes berterusan. EnCase eDiscovery menyediakan keupayaan unik untuk melakukan penilaian sebelum dan selepas kes bagi fail Dropbox pada bila-bila sepanjang proses e-penemuan