Automasikan proses perniagaan dari dalam dan sekitar Dropbox Business menerusi pereka aliran kerja intuitif, berasaskan pelayar, seret-dan-lepas

Nintex Workflow Cloud membantu memperkemaskan proses kitaran pengurusan dokumen di dalam Dropbox Business dengan kecekapan, ketekalan dan kebolehramalan dipertingkat.

Logo Nintex

Pengguna Business dan juga para profesional IT boleh menggunakan Nintex untuk mengautomasikan proses perniagaan dengan pantas dan mudah hanya dengan beberapa klik, bukan kod. Manfaatkan kelebihan tindakan aliran kerja natif untuk menyokong proses teras dalam pelbagai sektor industri dan situasi perniagaan, seperti semakan dan kelulusan dokumen, meja bantuan, permohonan cuti, permohonan perjalanan, tuntutan perbelanjaan, borang penyelenggaraan, dan banyak lagi. Dengan penyambung prabina Nintex, anda boleh menggabungkan aliran kerja dengan sebilangan besar aplikasi perniagaan, perkhidmatan awan dan repositori kandungan.

  • Reka dan bina aliran kerja untuk mencipta proses yang berulang. Dengan kanvas reka bentuk seret dan lepas berasaskan pelayar, anda boleh menguruskan maklumat rumit menggunakan lebih banyak konfigurasi dan sedikit pengekodan, mengautomasikan penyelesaian aliran kerja yang berfungsi seperti cara manusia berfikir. 
  • Penglihatan dan pemahaman mendalam terhadap proses. Jejak dan pantau prestasi proses aliran kerja anda dengan melihat status aliran kerja untuk mengenal pasti tahap sebenar proses anda. 
  • Penyambung prabina yang bergabung dengan Dropbox Business dan peneraju perkhidmatan awan lain. Automasikan proses kitaran dokumen — seperti semakan dan kelulusan — di dalam Dropbox Business dan lanjutkan proses berkenaan ke dalam situasi perniagaan canggih yang menjangkaui penyelesaian CRM, ERP, dan meja bantuan jika perlu.
  • Aliran kerja dibina di awan, untuk awan. Tanpa perkakasan untuk dipasang atau diselenggarakan secara tempatan, aplikasi anda diselenggara, disediakan, dan dilanjutkan semata-mata berdasarkan keperluan aliran kerja unik anda.