Single Sign-On (SSO) berasaskan awan dan platform pengurusan identiti yang memberi kepantasan dan integriti kepada perusahaan moden

Bersama-sama, OneLogin dan Dropbox memberi pengalaman perkongsian fail, storan awan serta kerjasama yang lancar baik untuk pentadbir dan pengguna akhir. Integrasi IDaaS OneLogin mudah untuk dikonfigurasi dan membolehkan IT mengurus dan menjamin akses kepada Dropbox dengan mudah, mempercepatkan pelaksanaan aplikasi, serta memberi pengalaman pengguna yang dipertingkat daripada log masuk sehingga log keluar.

Logo OneLogin

Platform IDaaS OneLogin memperkemaskan pengurusan identiti dan akses untuk Dropbox dan semua aplikasi awan dan di premis anda. Anda juga boleh memanfaatkan ciri-ciri bertaraf perusahaan seperti SSO dengan kawalan akses berdasarkan peranan, peruntukan dan pembuangan pengguna pada masa nyata, pentauliahan berbilang faktor, tetapan semula kata laluan layan diri, dan banyak lagi.

  • Akses Selamat dengan SSO dan MFA. Daftar masuk pengguna ke Dropbox dengan lancar menggunakan SAML SSO bagi menyingkirkan keletihan menaip kata laluan dan risiko phishing, sambil turut mempertingkatkan pengalaman dan produktiviti pengguna. Tingkatkan keselamatan lebih lanjut dengan menguatkuasakan pentauliahan dua faktor berdasarkan dasar keselamatan yang boleh dikonfigurasi. 
  • Integrasi direktori bersepadu. Gunakan penyambung direktori OneLogin yang terbaik dalam kelasnya untuk menyepadukan aplikasi SaaS dengan pelbagai gedung pengguna termasuklah Active Directory, LDAP, Google dan penyelesaian HCM. 
  • Peruntukan pengguna dan kumpulan diperkemas. Cipta, kemas kini dan hapuskan akaun pengguna secara automatik dan petakannya ke dalam kumpulan Dropbox sedia ada pada masa nyata berdasarkan perubahan dalam direktori pengguna. Dengan Safe Entitlements, IT boleh mengubah suai rekod pengguna melalui OneLogin atau dari dalam Dropbox tanpa mengatasi kaedah lain. 
  • Pelaporan dan analisis. Dapatkan data penting tentang keselamatan dan akses pengguna dengan mudah untuk semua aplikasi anda. Atur proses keselamatan dan dayakan penglihatan menyeluruh ke dalam insiden keselamatan melalui integrasi kukuh OneLogin dengan penyelesaian keselamatan lain, seperti CloudLock, Netskope, Skyhigh dan Splunk.