Selaras atau pindahkan fail ke Dropbox dan Dropbox Business

Pindah atau selaraskan fail ke Dropbox dengan lancar daripada mana-mana penyelesaian storan di premis, termasuk SharePoint, Network File Systems, dan kebanyakan platform ECM utama. Pautkan akaun pengguna secara automatik, pelihara pemilikan fail, petakan keizinan sedia ada, dan banyak lagi hanya dalam beberapa klik.

Logo SkySync

SkySync berintegrasi dengan lebih 30 sistem storan di premis dan berasaskan awan, membolehkan anda untuk memindah atau menyelaraskan fail anda ke Dropbox Business dalam beberapa minit. Perisian ini memasang dan mengkonfigurasi di belakang tembok api anda, jadi anda boleh menyelaraskan Dropbox dengan sistem storan sedia ada anda tanpa menjejaskan keselamatan atau infrastruktur IT sedia ada anda.

  • Automasikan penyelarasan atau pemindahan fail ke Dropbox, termasuk fail, folder, sifat fail, dan keizinan.
  • Pautkan akaun pengguna dan pemacu utama rangkaian dengan akaun Dropbox individu.
  • Automasikan penapisan fail mengikut nama, jenis, tarikh, dan julat tarikh.
  • Pantau analisis dan laporan meluas sebelum dan selepas pemindahan.
  • Laksanakan SkySync di belakang tembok api anda, dalam kawalan anda sepenuhnya - fail distrim terus ke Dropbox, bukan melalui awan proprietari.