Lindungi, jejak dan kongsi sebarang jenis data, tanpa mengira lokasi simpanan atau cara perkongsiannya

Bersama-sama, Dropbox dan Vera menawarkan perlindungan data dinamik serta kerjasama dalaman dan luaran selamat kepada organisasi anda.

Logo Vera

Vera melanjutkan tahap keselamatan Dropbox, baik di dalam dan luar talian. Dengan penyulitan kukuh, dasar penggunaan, dan kawalan akses, Vera memastikan bahawa hanya pengguna bertauliah boleh mengakses maklumat kritikal anda. Kawal suntingan, salinan, cetakan, dan tangkapan skrin bagi sebarang fail yang dikongsi menerusi Dropbox, dan jejak siapa, di mana, dan bagaimana kandungan anda digunakan.

Dengan Vera, anda boleh melindungi sebarang jenis data – daripada fail Office kepada video dan banyak lagi – dan kemudian jejak, audit, dan uruskan akses pada masa nyata, tidak kira sejauh mana pun perjalanan fail.

  • Lindungi sebarang jenis data, termasuklah dokumen Microsoft Office, fail PDF, filem dan imej.
  • Sulitkan maklumat sensitif dengan penyulitan AES 256 bit dan pencegahan kehilangan data.
  • Jejaki perjalanan fail anda, di mana sahaja di dunia.
  • Jana rekod audit penuh bagi aktiviti fail untuk penjejakan dan kepatuhan kawal selia
  • Kawal penyuntingan, salinan, cetakan, penduaan fail, dan banyak lagi, baik di dalam dan luar talian.