Kuasa untuk menggabungkan Dropbox dengan ratusan apl lain untuk mengautomasikan kerja anda

Zapier adalah alat automasi fleksibel yang melanjutkan perkara yang anda boleh lakukan dengan Dropbox, menghubungkannya dengan apl harian — seperti Evernote, Gmail, dan Google Drive — dan mengautomasikan tugasan yang menjemukan dalam aliran kerja anda.

Logo Zapier

Zapier terletak antara Dropbox dan apl kegemaran anda, menghubungkan fail, pelanggan, nota, dan pengguna anda merentasi semua apl itu. Automasi yang dinamakan Zaps boleh disediakan dalam masa beberapa minit tanpa sebarang pengalaman pengekodan. Hanya pilih apl Trigger dan acara — seperti menambah fail baru di Dropbox — dan tentukan Actions yang ingin dilakukan oleh Zapier secara automatik. Dari situ, Zapier akan melakukan kerja untuk anda, jadi anda tidak perlu menyalin dan menampal atau mengimport dan mengeksport lagi.

  • Automasikan aliran kerja dengan Triggers dan Actions.
  •  Semua maklumat relevan akan dihantar secara automatik kepada apl kegemaran anda apabila direktori baru ditambah atau fail baru ditambah di dalam direktori Dropbox.
  • Kemas kini segera kepada Dropbox daripada aliran kerja di dalam apl lain, termasuk muat naik fail, penciptaan folder, dan penciptaan atau penambahan fail teks secara automatik.