Akses kandungan yang anda perlukan dengan pantas untuk meningkatkan penglibatan pelanggan dan menyokong mereka dengan lebih baik

Bersama-sama, Zendesk dan Dropbox membantu anda membina perhubungan pelanggan yang lebih baik dengan menawarkan akses lancar kepada semua fail pasukan terus daripada akaun Zendesk anda.

logo-zendesk

Dropbox menguasakan penciptaan kandungan, kerjasama, dan storan pasukan anda, memudahkan anda menyokong ejen untuk mengakses dan mengubah suai fail terus daripada akaun Zendesk mereka. Ejen anda boleh berkongsi kandungan yang relevan bersama pelanggan tanpa meninggalkan Zendesk, membolehkan anda untuk menyelesaikan masalah dengan pantas dan menawarkan khidmat pelanggan sebaik yang mungkin. 

  • Kurangkan kelewahan kandungan. Akses fail terus daripada Dropbox, memastikan ejen menggunakan maklumat yang paling terkini.
  • Tingkatkan produktiviti khidmat pelanggan. Benarkan ejen untuk mencari dan berkongsi dokumen dengan mudah tanpa meninggalkan Zendesk.
  • Perbaiki pengalaman pelanggan anda. Berikan kandungan yang relevan kepada pelanggan daripada Dropbox untuk memastikan pertanyaan dijawab dengan pantas dan diselesaikan dengan tepat.

Hubungi Zendesk

sales@zendesk.com
(888) 670-4887
www.zendesk.com