Dropbox Replay lwn. Frame.io: Yang manakah alat terbaik?
Perlu memastikan aliran kerja kreatif anda kekal sepantas kilat? Dropbox Replay menawarkan kelajuan muat naik, usahasama yang mudah serta penyusunan projek intuitif yang anda perlukan. Dropbox Replay mengatasi Frame.io dengan menghantar projek dengan cepat, mempermudah semakan video dan media serta mengurus fail anda dengan selamat.
Untuk kelajuan, kemudahan dan penyusunan projek yang lancar—Dropbox Replay ialah pilihan terbaik buat anda.
Simpanan tanpa tandingan dan usahasama video yang lancar
Percepatkan projek video anda dengan Dropbox Replay. Nikmati muat naik sepantas kilat, perkongsian yang lancar serta simpanan yang besar namun dengan kos yang berpatutan. Hapuskan keresahan berhubungan dengan simpanan dan nikmatilah usahasama yang cekap dan lancar.
Percepatkan semakan media beraneka
Perkongsian dengan Dropbox Replay amat mudah—hanya hantar pautan semakan, tanpa perlu mendaftar. Dengan semakan masa nyata kami yang dipatenkan, kumpulkan pasukan dan klien anda di satu bilik maya untuk melihat kandungan dalam masa nyata dan mengumpulkan maklum balas. Ciri inovatif ini mempercepat semakan dan memastikan keselarian.
Permudahkan kitaran maklum balas
Komen tepat pada bingkai, transkripsi video dalam 23 bahasa, tarikh akhir yang boleh ditetapkan dan penyepaduan dengan alat penyuntingan menjadikan Replay alat yang paling sesuai untuk mengumpulkan dan bertindak ke atas maklum balas video.
50% kurang masa
Dihabiskan untuk kerja projek apabila anda menggunakan Replay*
90% orang yang menjawab tinjauan
Akan mengesyorkan Replay*
72% mendapat respons yang lebih cepat
Daripada pengguna yang melaporkan aliran kerja yang lebih pantas*
Dropbox Replay menawarkan tera air media beraneka untuk semua pelan berbayar, manakala Frame.io hanya membenarkan penambahan tera air untuk pengguna yang melanggan pelan Enterprise mereka. Dengan tera air dinamik, anda tidak lagi perlu risau tentang kebocoran karya anda. Salin kekal e-mel, alamat IP penerima, tarikh dan masa pembukaan fail secara automatik pada mana-mana fail kongsian anda. Sekiranya karya anda tetap bocor, tera air akan membolehkan anda mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dengan serta-merta.

Berbeza daripada Frame.io, Dropbox Replay akan mentranskripsikan suntingan yang anda muat naik secara automatik dengan sokongan untuk 23 bahasa. Ini membolehkan penyemak yang teragih dan berpangkalan di seluruh dunia memaparkan kapsyen yang membantu semasa proses semakan. Transkrip juga boleh digunakan untuk menavigasi dengan cepat, mencari petikan khusus atau sebutan subjek tertentu, mengurangkan keperluan untuk penyemak menonton video berbilang kali.

Projek video dan media beraneka memakan banyak ruang. Dengan akaun Dropbox, anda dapat mengakses Replay dan juga penyimpanan awan boleh kembang untuk semua projek kreatif anda. Tambahan lagi, penyelarasan fail yang pantas bermakna perubahan pada fail projek yang besar dapat diakses dengan cepat merentasi ahli pasukan dan peranti—yang amat sesuai untuk usahasama.

Replay menyertakan penghantaran fail besar yang dikuasakan oleh Dropbox Transfer, membolehkan pasukan menghantar fail bersaiz hingga 250 GB kepada sesiapa sahaja melalui pautan muat turun. Bagi individu yang ingin memberikan tanggapan yang bertahan lama, halaman muat turun boleh dijenamakan secara tersuai untuk menambahkan penampilan profesional pada pengalaman penghantaran projek anda.

Replay telah direka untuk memudahkan kerja pasukan anda, yang bermaksud alat ini perlu disesuaikan dengan keperluan pasukan anda sepanjang masa. Tambahkan dan kurangkan lesen pada bila-bila masa agar sesuai dengan keperluan anda. Untuk pasukan yang lebih besar daripada 500 lesen, pelan terurus tersedia untuk memastikan sokongan dan kebolehskalaan yang optimum.

“Input [pada Replay] jauh lebih pantas daripada Frame.io… Anda pasti rasa, bagaimanakah saya hidup tanpa alat ini selama ini?”
Nick GartnerEditor Filem BebasPercepatkan semakan media beraneka
Apabila klien menjangkakan masa pusing ganti yang semakin singkat untuk projek media beraneka, pasukan anda tiada masa untuk menunggu fail dimuat naik atau dimuat turun. Anda juga tidak boleh menggunakan masa anda untuk menyusun maklum balas klien yang diterima melalui e-mel, masa yang sebaliknya boleh digunakan untuk usaha penyuntingan. Mujurnya, terdapat cara lebih baik untuk mendahului tarikh tamat anda.
Dropbox Replay ialah alternatif kepada Frame.io yang merevolusikan proses semakan anda serta meningkatkan kecekapan pada setiap peringkat projek.
Muat naik dan selaraskan fail projek anda antara peranti dengan pantas, Dropbox terbukti dapat menyelaraskan fail besar dengan lebih cepat—dua kali ganda lebih cepat daripada Box dan empat kali ganda lebih cepat daripada Google Drive.**
Apabila tiba waktu untuk menyemak hasil suntingan pertama anda, kumpulkan seluruh pasukan dengan semakan masa nyata—pengalaman yang sungguh unik—untuk menonton dan menandakan fail video, imej, audio atau PDF dalam masa nyata. Anda akan berasa seolah-olah anda semua berada di satu bilik, tidak kira tempat pasukan anda bekerja.
Penghantaran hasil eksport muktamad anda juga lebih cepat. Hantar hingga 250GB fail sekali gus dengan pautan muat turun daripada Dropbox Transfer, yang disertakan bersama Replay.

Permudahkan kitaran maklum balas
Anda perlu memastikan pasukan anda—dan juga klien atau pihak berkepentingan dalaman anda—mampu menggunakan alat yang diperlukan untuk kerja itu.
Berbeza daripada Frame.io, Replay ialah alat semakan dan kelulusan media beraneka yang direka khas untuk setiap peringkat pengalaman. Dengan antara muka yang intuitif dan ringkas serta ciri yang mudah digunakan—Replay mudah digunakan oleh pencipta dan juga penyemak, serta bersambung kepada simpanan media dan ciri perkongsian yang terbina dalam Dropbox dengan lancar.
Dengan maklum balas dan tandaan yang tepat pada bingkai dan komen mengikut julat merentasi berbilang bingkai, penyemak boleh menyatakan masa dan/atau tempat yang tepat untuk mengelakkan salah komunikasi. Ciri pengurusan projek dan kempen yang penting seperti tarikh akhir, berbilang ruang kerja projek, komen dalaman dan luaran, serta projek peribadi memastikan pasukan anda tidak tersasar.
Apabila tiba waktu untuk bertindak ke atas maklum balas, hanya import komen terus ke set penyuntingan video dan audio kegemaran anda. Replay disepadukan dengan editor pilihan anda, baik alat itu ialah Adobe Premiere Pro dan After Effects, Apple Final Cut Pro, Blackmagic Design DaVinci Resolve, LumaFusion mahupun Avid Pro Tools.

Simpan dan bekerjasama pada fail dengan lancar
Alat dan ciri tambahan yang anda peroleh dengan alternatif Frame.io seperti Dropbox Replay boleh mendatangkan perubahan yang besar dalam keupayaan pasukan anda untuk menyelesaikan tugas secara cekap.
Apabila anda menyimpan fail dalam Dropbox, fail diselaraskan pada semua peranti dan akaun pengguna yang bersambung dalam pasukan anda dengan serta-merta. Hanya muat naik fail projek anda dan mula bekerjasama dalam masa beberapa saat.
Ini terutamanya membantu apabila melakukan berbilang pusingan semakan dalam proses pascapenerbitan. Elakkan keadaan huru-hara semasa mengendalikan versi fail yang bercanggah—kumpulkan semua maklum balas anda di satu tempat dengan Dropbox Replay dan, setelah maklum balas dilaksanakan, muat naik versi yang disemak untuk mendapatkan kelulusan akhir.
Notis data
*Berdasarkan tinjauan penyelidikan Dropbox 2021 ke atas pengguna Dropbox berdaftar yang telah menggunakan Dropbox Replay.
**Berdasarkan kajian Principled Technologies tahun 2023, dilakukan oleh Dropbox